suria

Lelaki ‘gebu’ gagahkan diri confess dekat crush, penantian berakhir dan persoalan terjawab - “Cuma saya terlambat”

Lelaki ini mengumpul keberanian untuk meluahkan perasaan kepada buah hatinya.

PADA mulanya hanya mahu mengikuti trend di TikTok, akhirnya tersingkap kisah sedih yang membuatkan ramai berduka.

Begitulah kecekalan Hanif Fudin, 23, kerana walaupun berbadan gempal tetapi dia berani menyahut cabaran untuk meluahkan perasaan kepada pujaan hatinya atau lebih sinonim sebagai crush.

Dalam satu video yang dimuat naik Hanif, dia mengatakan dia bakal menukar gambar profil kepada swafoto dirinya yang tersenyum lebar jika diterima dan gambar awan mendung jika ditolak kekasih hatinya.

Perkongsian asal di TikTok.

Tidak lama selepas itu, kelihatan gambar profil Hanif adalah berupa awan mendung yang menandakan percubaannya untuk memenangi hati gadis dambaannya menemui kegagalan.

Bercerita kepada mStar, Hanif mengatakan gadis yang mencuri tumpuannya itu dikenali sebagai Bell dan merupakan rakan sekelasnya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kampus Batu Pahat, Johor.

"Saya ambil Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal bermula dari tahun 2019. Waktu tu semester pertama, saya masih kekok di dalam kelas dengan suasana tempat baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka fesyen bengang naik e-hailing! Pemandu merungut penumpang gempal, takut kereta rosak - “Ni perkhidmatan jenis apa?”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah digelar King Kong, lori... wanita gempal ini tubuh geng perjuang nasib golongan ‘plus size’ - “Tak mahu orang badan besar selekeh sebab tiada baju”

"Tiba-tiba Bell datang tegur saya dan buka perbualan dengan saya, Dia ada tanya juga tentang assignment macam mana nanti. Dari situ saya mula simpan perasaan dekat dia. Saya tertarik nak kenal dia dengan lebih rapat.

"Cuma itulah, apabila seseorang itu jadi crush, kita akan automatik segan nak bertegur sapa. Saya akan rasa nervous berada dekat dengan Bell. Jadi saya cuma perhatikan dia dari jauh je.

"Kadang ada tegur sikit, tanya pasal kerja dan kelas dI mana. Saya pernah cuba sekumpulan dengan Bell untuk group assignment, tapi dia ada geng perempuan dia sendiri yang dia selesa," kata Hanif yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Saya dah dapat jawapan yang ditunggu-tunggu selama ni dan saya harap Bell bahagia sahaja.

HANIF FUDIN

Hanif mengatakan pada tahun ini dia bertekad untuk membuang perasaan malu dari hatinya dan berdepan dengan Bell memandangkan pengajian mereka sudah menghampiri garisan penamat.

"Saya sebenarnya baru sahaja selesai semester kelapan tempoh hari, semester akhir untuk degree saya.

"Tujuh semester saya bukukan perasaan, bersamaan dengan empat tahun lamanya, saya rasa ini adalah momen tepat untuk saya berterus-terang dengan Bell. Saya tidak luahkan secara bersemuka, tetapi melalui Instagram.

Keadaan tubuh badan tidak menghalang Hanif untuk menikmati keindahan alam.

"Untuk rekod, saya pernah request follow akaun Instagram Bell sebelum ni tapi dia tak accept. Jadi nak dijadikan cerita, Bell ada buka Not Gonna Lie (NGL), platform untuk hantar mesej tanpa kita tahu siapa orang di sebaliknya.

"Jadi saya pun ceritakan segalanya dalam platform tu kepada Bell. Tak lama selepas tu Bell terus accept follow request saya. Saya pun tegur dia di Direct Message (DM) dan sambung sesi luahan hati saya," cerita Hanif.

Menurut Hanif, frasa 'orang yang tepat, waktu yang salah' adalah sesuai untuk menggambarkan nasib dirinya yang berputih mata kerana hubungan tidak kesampaian bersama Bell.

Hanif ketika masih bergelar seorang pelajar UTHM.

"Bell terharu dengan apa yang saya luahkan. Dia cakap terima kasih sebab sudi open up dekat dia. Tapi dia terpaksa tolak kerana dia ada hati nak kena jaga dan dia juga sudah ada perancangan untuk dirinya.

"Tak sangka Bell sudah berpunya, sebelum ni saya selalu je tanya kawan terdekat dia tentang status Bell, semua cakap dia masih single. Bell pun bukan jenis suka kawan dengan lelaki.

"Saya buat siasatan dan cari boyfriend Bell dekat akaun Instagram dia. Akhirnya jumpa, saya sedikit lega sebab teman lelaki Bell juga boleh dikatakan plus size, jadi saya tahu saya bukan ditolak kerana badan saya berisi.

Hanif melawat Stadium Sultan Ibrahim yang merupakan gelannggang keramat Johor Darul Ta'zim.

"Cuma saya terlambat. Kalau saya lebih awal, mungkin pengakhiran yang saya dapat sekarang akan berbeza jauh sekali," ujar Hanif.

Kisah yang sudah dinoktahkan bermakna Hanif kini harus ikhlas untuk melepaskan Bell dan meneruskan hidupnya.

"Selain keperibadian Bell dan cara dia tegur waktu kami mula-mula berjumpa, saya juga suka tengok paras rupa Bell yang sangat manis. Dia kecil dan pendek saja orangnya, tapi molek dan sopan.

Hanif gemar untuk melancong ke pantai-pantai.

"Saya dah dapat jawapan yang ditunggu-tunggu selama ni dan saya harap Bell bahagia sahaja. Netizen yang komen dekat video pun ada bagi semangat dekat saya.

"Ada juga yang risau tentang keadaan kesihatan saya. Jadi saya berazam, dengan masa lapang yang saya ada sekarang selepas habis belajar ni, saya nak cuba turunkan berat badan.

"Sebelum saya nak sayangi orang lain, saya kena sayangi diri saya dulu. Pastikan badan saya sihat baru saya boleh bahagiakan orang lain," kata Hanif menutup perkongsian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain