suria

“Berdosa ke kalau tak balik beraya?” - Ibu asyik suruh pulang ke kampung, tak faham anak di kota ‘pening’ tak cukup bajet

Ada individu terpaksa 'korek tabung' semata-mata untuk pulang beraya di kampung. (Gambar Hiasan)

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri merupakan masa terbaik untuk kita semua berjumpa dengan ahli keluarga dan sanak saudara.

Namun, ada individu yang kurang berkemampuan melihat sambutan itu sebagai bebanan kerana mereka terpaksa mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk balik ke kampung halaman.

Begitulah situasi dilalui individu ini apabila dia meluahkan rasa bimbang untuk meraikan Aidilfitri dengan baki wang gaji yang tidak seberapa.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang berhari raya berasama keluarga. (Gambar Hiasan)

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang berhari raya berasama keluarga. (Gambar Hiasan)

"Saya tak tahu nak mulakan dari mana tapi saya cuma nak tanya, berdosa ke kita kalau tak balik beraya?

"Lepas buat kira-kira, dengan total gaji saya bulan ni RM1,500 dan ditolak rumah sewa dan komitmen-komitmen lain, baki gaji saya hanya tinggal RM500 hingga 600 sahaja," ujarnya memulakan bicara.

Menurut pengadu, dia cuba berbincang dengan ibunya tentang masalah yang dihadapi, dengan harapan keluarga memahami situasi getir yang dilaluinya pada masa ini.

Kalau lepas raya saya kering, yang kena hadap nanti pun saya seorang je.

PENGADU

Namun katanya, dia kecil hati dianggap sebagai anak yang sentiasa memalukan keluarga, sekali gus menyebabkan dia berbelah bahagi untuk pulang beraya.

"Saya bagitau mak saya, saya tak dapat balik beraya sebab takut nanti lepas raya tak cukup duit belanja tapi mak anggap saya tak nak balik sebab bagi dia saya anggap mak tak penting.

"Saya dah beli tiket nak balik raya bulan lepas tapi lepas dapat gaji bulan ni, saya jadi berfikir dua tiga kali. Disebabkan masalah ini, saya dicop sebagai anak yang sentiasa memalukan mak sava depan keluarga yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lagak bujang balik raya sendirian, tahu-tahu dah sampai kampung! Isteri, anak dibiar lapar sambut Aidiladha

ARTIKEL BERKAITAN: Balik raya setahun sekali tapi banyak ‘complaint’ cara adik-beradik di kampung jaga mak ayah... Ini pesan kaunselor keluarga!

"Saya buntu. Saya bukan tak nak balik, tapi masalah kewangan yang buat saya fikir dua tiga kali. Kalau lepas raya saya kering, yang kena hadap nanti pun saya seorang je. Tak ada yang tolong," katanya lagi.

Luahan hati individu itu disiarkan menerusi laman Twitter personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya pada Ahad.

"Perlukah buat pinjaman untuk balik kampung demi memenuhi tuntutan bonda di kampung?" soal Fedtri pada ruangan kapsyen perkongsian tersebut.

Di ruangan komen, ramai netizen menyatakan rasa simpati terhadap pengadu dan memberi cadangan serta beberapa opsyen untuk dirinya.

Hari Raya Aidilfitri merupakan masa terbaik untuk kita berkumpul dengan ahli keluarga. (Gambar Hiasan)

Hari Raya Aidilfitri merupakan masa terbaik untuk kita berkumpul dengan ahli keluarga. (Gambar Hiasan)

Biarpun si ibu kedengaran seperti kejam, ramai netizen tetap memberi solusi yang murni dan mencadangkan dia terus berbakti kepada keluarganya.

"Balik sajalah. Nanti pinjam duit kawan yang baik buat sementara. Jimat cermat belanja. InsyaAllah, Allah akan ganti berlipat ganda demi gembirakan emak.

"Duit tambang untuk balik raya, bank in kat mak dan beritahu terus terang tak mampu. Tapi ingat, untuk raya haji, simpan siap-siap sikit-sikit. Kena balik.

"Pernah rasa bro. Tapi aku tetap balik kampung, bagi sumbangan tenaga je. Yang penting orang tua happy kita balik," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain