suria

“Saya jujur dah tak sabar nak kembali ke Malaysia” - Minah salih ‘beku’ balik kampung, pelik orang kita suka negara sejuk

Wanita ini merindui cuaca panas di Malaysia ketika berada di tanah airnya yang sejuk.

HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri!

Walaupun wujud ungkapan seperti ini, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menginginkan pelancongan ke negara empat musim.

Rata-rata mahu melihat keindahan musim bunga, merasai kedinginan musim sejuk dan menyaksikan magis musim luruh yang tidak terdapat di negara sendiri.

Perkongsian video yang tular di TikTok.

Namun begitu, benarlah kata orang, tempat tumpahnya darah kelahiran adalah lebih baik berbanding apa yang sering difikirkan bagus di negara luar.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita Eropah warganegara Czech Republic yang bermaustautin di Malaysia mengajukan persoalannya tentang mengapa rakyat negara ini gemar melancong ke negara sejuk.

Dikenali sebagai Nicole, dia ketika pulang ke tanah airnya mengakui sangat merindui cuaca panas Malaysia berbanding suhu rendah di negaranya yang memerlukan pemakaian baju tebal.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih tak boleh ‘move on’, terpaksa tahan ‘godaan’ teh tarik selepas pulang ke Amerika... anggap Malaysia ada minuman ajaib

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Amerika bahagia hidup di Kelantan, makin cekap gulung kain pelikat... Paling nikmat nasi kerabu air tangan mentua!

"Boleh siapa-siapa terangkan kepada saya mengapa rakyat Malaysia suka travel overseas, tempat-tempat yang sejuk. Saya sukar nak faham.

"Sekarang saya berada di tanah air saya dan saya boleh katakan it's not good," kata Nicole dalam videonya.

Nicole ketika membuat video itu sedang berada di stesen bas untuk menunggu pengangkutan awamnya tiba.

Sebab di Eropah ada salji, di sini Malaysia kami cuma ada ABC (Ais Batu Campur).

NETIZEN

"Saya rakam video ini ketika saya sedang beku sehingga ke tulang sementara menunggu bas," tulis Nicole dalam videonya.

Di ruangan kapsyen videonya juga Nicole ada menyebut bahawa setelah berada di negaranya selama dua minggu dia sudah mula merindui Malaysia.

"Saya jujur sudah tidak sabar untuk kembali ke Malaysia," tulis Nicole.

Cuaca sejuk tidak selalunya indah. (Gambar hiasan, Freepik)

Menjengah ke ruangan komen, warga maya melakukan perbincangan sihat mengenai topik ini dan masing-masing seperti berbeza pendapat.

"Saya tanya kamu Nicole, kenapa kamu suka datang ke negara kami yang panas? Ia perkara yang sama, vice versa.

"Rata-rata rakyat Malaysia sudah biasa dengan cuaca yang panas dan berkuap, ada sebab mengapa semua pusat membeli-belah kami sejuk seperti Alaska, Amerika Syarikat. Kami mahu melarikan diri dari kepanasan.

"Sebab di Eropah ada salji, di sini Malaysia kami cuma ada ABC (Ais Batu Campur).

Sebahagian komen warga maya.

"Ia adalah lumrah manusia untuk mencintai perkara yang tidak dimiliki," ujar sebahagian netizen cuba untuk menjawab persoalan Nicole.

Nicole kemudiannya membalas dengan mengatakan cuaca sejuk dan salji tidak seindah seperti yang disangka.

"Apabila cuaca sejuk kita akan senang sakit dan saya tidak suka berada dalam keadaan yang kurang sihat.

"Tapi saya setuju tentang shopping mall tu, kalau saya rasa rindu dekat tanah air saya, saya akan masuk ke shopping mall dan perasaan rindu tu akan terubat," kata Nicole berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain