suria

Dari sebuah DSLR kepada 2 kilang sambal! Ramai terinspirasi video kisah hidup Khairulaming, banyak kali gagal rupanya

Khairulaming berkongsi suka duka perjalanan hidupnya selama 10 tahun, sempena hari lahirnya yang ke-30.

AURA sosok lelaki bernama Khairulaming sememangnya begitu menyerlah, malah dia merupakan antara individu 'favorite' bagi setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Mula mencipta nama dengan menghasilkan video masakan sehingga berjaya mengumpul 3.5 juta pengikut di laman Instagram, Khairulaming melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan sambal jenama sendiri, Sambal Nyet, yang mendapat permintaan tinggi sehingga hari ini.

Kisah kejayaan Khairulaming menjadi sumber inspirasi ramai, malah dia digelar sebagai pempengaruh (influencer) contoh yang wajar dijadikan sebagai 'bench mark' dalam dunia media sosial.

Namun siapa sangka, di sebalik namanya yang gah, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman ini pernah beberapa kali melalui kejatuhan sebelum bangkit dari kegagalan dan membina kembali 'branding' hasil usaha keras tanpa mengenal erti lelah.

"25 September 2022 aku plan nak release satu special video. Kalau dipanjangkan umur, dua tahun lagi aku cari balik tweet ni bila video dah nak siap," tulisnya dalam satu ciapan di Twitter dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu tak cukup, Khairulaming buka kilang Sambal Nyet kedua di Kota Bharu... Jualan cecah RM14 juta

ARTIKEL BERKAITAN: PA lebih sudu dari kuah, Khairulaming mohon maaf! Akui sukar asing persahabatan dan bisnes sebab ‘mula dari bawah dengan kawan’

Mengotakan janjinya, Khairulaming berkongsi video perjalanan suka dukanya dalam tempoh 10 tahun, istimewa sempena hari lahirnya yang ke-30 pada Ahad.

"Today is my 30th birthday. Finally dah masuk 3-series. I buat video ni untuk compile my life journey dari umur 20 ke umur 30. Sepuluh tahun yang penuh dengan macam-macam memori. Thanks to everyone for being part of the journey," tulisnya.

Menerusi video berdurasi 5.05 minit itu, Khairulaming mula-mula berkongsi perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari Vanderbilt University, Amerika Syarikat.

khairulaming 1

Merupakan seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari Vanderbilt University, Amerika Syarikat.

Menurut pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, dia mula mengumpul duit dan berjaya membeli sebuah kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) pertamanya pada usia 21 tahun.

"Daripada situ aku improve ilmu videografi dan aku menang tempat pertama untuk International Travel Video Contest dekat USA," katanya.

Selepas menamatkan pengajian dengan cemerlang pada usia 22 tahun, pemuda ini pulang ke tanah air dan memulakan kerjayanya sebagai jurutera dalam bidang minyak dan galian (oil and gas) dan seterusnya bidang logistik.

"Pada usia 25 tahun, aku teringin nak try buat side income. Aku jual healthy meal... gagal. Aku jual baju... gagal. Aku jual template resume... gagal.

khairulaming 2

Antara bisnes terawal Khairulaming yang menemui kegagalan.

"Aku rasa baik aku buat video memasak je.. jadi aku set-up booth kecil untuk photoshoot guna besi almari baju aku je dan kemudian upload video memasak yang dimuat naik ke channel 'Rasapop'.

"Waktu umur 26 tahun, channel 'Rasapop' boom sampai setengah juta pengikut jadi aku buat keputusan untuk jual produk sendiri. Hari-hari balik kerja naik LRT pergi Kampung Baru beli botol dan lada, buat R&D (reseacrh and development), jual.

"Aku ingatkan berjaya... rupanya tak. Semua gagal. Semua saving aku hilang, page 'Rasapop' pun jatuh views, dan aku kena start balik daripada scratch (awal)," kongsinya.

Bertitik tolak daripada kegagalan berkenaan, pemuda ini bangkit perlahan-lahan dan tampil menghasilkan video masakan menggunakan nama 'Khairulaming' secara komersial.

Terima kasih guys kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan dan aku nak berterima kasih kepada diri aku sebab tak give up untuk mencapai impian.

KHAIRULAMING

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

Percaturannya berjaya sehingga bilangan pengikut di laman Instagram bertambah daripada 1,000 sehingga ratusan ribu dan mencecah tiga juta pengikut.

"Pada umur 28 tahun, hidup aku berubah lagi sekali sebab aku ingatkan dengan kejayaan yang ada ni, aku boleh ubah hidup keluarga aku, ayah aku.

"Tapi umur dia (ayah) tak panjang, kami berpisah di sini dan aku ambil keputusan untuk keluar daripada bidang oil and gas," kongsinya.

Berbekalkan platform yang ada dengan sedikit wang simpanan, Khairulaming berkata dia mengambil langkah berani untuk 'all out' dan mengorak kembali langkah bagi mengubah nasib keluarga.

khairulaming 4

Khairulaming kini mempunyai dua buah kilang untuk menghasilkan Sambal Nyet gara-gara permintaan yang terlalu tinggi.

"Selepas harungi 10 tahun yang penuh cabaran, kerja keras, kegagalan, kejayaan, kenangan manis, kenangan pahit, semua itu aku sangat bersyukur dengan pengalaman dan rezeki yang ada hari ini, sebab aku bukan kongsi seorang tapi semua orang di sekeliling aku.

"Sekarang Sambal Nyet dah ada dua kilang. Selain itu aku nak jumpa anda semua yang support aku selama ni, aku nak banyakkan meet up.

"Untuk reward diri sendiri, pada umur 30 tahun ni aku nak banyakkan travel... aku nak explore dunia luar dan nak buat banyak content yang best.

"Terima kasih guys kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan dan aku nak berterima kasih kepada diri aku sebab tak give up untuk mencapai impian," kongsinya.

Perkongsian video di platform Twitter rasminya pada malam Ahad meraih lebih 30,000 ulang kicau dalam tempoh tiga jam ia dimuat naik.

khairulaming 3

Khairulaming dianggap sebagai seorang influencer yang paling berjaya dan menjadi ikon anak muda.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bukan sahaja mengucapkan selamat hari lahir kepada selebriti media sosial berkenaan, malah melahirkan kekaguman dengan sikapnya yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

"Bak kata pepatah, usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil.

"Inspired gila. Bukan biasa-biasa rupanya, patut 'kacang' je selesai masalah. Pernah gagal banyak kali. Selamat hari lahir KA, moga terus berbakti dan menjadi ikon anak muda.

"Benar-benar kisah kejayaan yang memberi inspirasi! Kuncinya adalah jangan pernah berputus asa," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain