suria

Suami isteri selera T20! Kemaruk Honda sampai sanggup bertekak dengan banker, lepas 2 tahun gelabah nak reschedule

Generasi muda dikatakan paling ramai membuat permohonan pembiayaan kereta model Honda

KEINGINAN untuk memiliki kenderaan mewah pada masa ini mendorong segelintir masyarakat menghabiskan separuh daripada gaji bulanan, sehingga terpaksa mengikat perut demi mencapai hasrat.

Umpama peribahasa ‘biar papa asal bergaya’, golongan yang mempunyai selera besar itu kebanyakannya terdiri daripada anak muda yang baru sahaja ditawarkan pekerjaan.

Malah mereka dipercayai terikut-ikut dengan trend semasa yang gemar menggayakan kereta Honda sebagai lambang status.

Perkara itu didedahkan seorang pegawai perbankan di media sosial selepas menerima banyak permohonan daripada kelompok generasi muda yang mempunyai pendapatan bulanan sekitar RM2,500.

“Anak muda yang baru berpendapatan RM2,500 dah berani mohon pembiayaan penuh kenderaan untuk kereta jenis Honda,” luahnya yang bimbang dengan situasi kewangan generasi muda.

Justeru, beliau berkongsi cerita tentang bekas pelanggannya yang mahu membeli kereta berjenama Honda model BRV yang dianggarkan sekitar RM87,000 walaupun pendapatan bulanan seisi rumah hanyalah RM5,400.

Malah katanya, pasangan suami isteri itu juga mempunyai komitmen bulanan yang tinggi termasuk kos bulanan rumah sewa serta tadika.

“Hari ni terkejut apabila pelanggan dua tahun lalu tiba-tiba hubungi untuk reschedule akaun kereta kerana tak mampu nak bayar pembiayaan bulanan,” ujarnya.

Menurut pemilik akaun Qis Amanda itu lagi, dia pernah menasihati pasangan terbabit supaya berfikir dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta yang dihajati.

Antara perkongsian Qis Amanda.

Antara perkongsian Qis Amanda.

Namun, katanya, dia dimarahi si suami kerana memberi pandangan selepas membuat perkiraan pendapatan dan kos yang ditanggung pasangan tersebut.

“Masa tu memang dah sehabis mungkin saya educate supaya fikir dulu kerana lepas tolak komitmen yang ada, baki gaji bulanan mereka hanya cukup-cukup makan sahaja.

“Suami dia marah ‘kalau tak mampu, saya tak beli kereta cik... sebab mampu saya berani beli’,” luahnya lagi.

Menjelaskan situasi berkenaan, dia memberitahu, pandangan yang diberikan itu berikutan jumlah tanggungan bulanan seisi rumah adalah tinggi.

Tambahan pula, pasangan tersebut juga mahu membuat pembiayaan penuh bagi pinjaman kenderaan terkini yang dimohon.

Ramai individu terbeban dengan pinjaman kewangan kenderaan.

Ramai individu terbeban dengan pinjaman kewangan kenderaan.

“Teringat bila pelanggan ni mula-mula nak buat permohonan pembiayaan kenderaan. Gabungan gaji kedua-dua mereka RM5,400 dan mempunyai dua orang anak yang berumur antara tiga hingga empat tahun.

“Pembiayaan yang dimohon pula adalah jenis penuh (full loan).

“Sedangkan pada masa itu, mereka sedang sewa rumah dengan kos bulanan adalah RM900 selain bayaran taska anak-anak berjumlah RM600.

“Kenderaan keluarga pada masa tu pula adalah Perodua Axia yang juga pembiaayan penuh dengan bayaran bulanan lebih RM400,” jelasnya menceritakan situasi kewangan pasangan tersebut.

Suami dia marah ‘kalau tak mampu, saya tak beli kereta cik... sebab mampu saya berani beli’.

QIS AMANDA

Bimbang perkara sama berlaku pada individu lain, dia meminta supaya aspek kewangan dititikberatkan terlebih dahulu berbanding keinginan mahupun kehendak.

“Mereka yang ingin membeli kereta terutama melibatkan pembiayaan penuh, tolonglah fikir masak-masak.

“Kalau rasa-rasa mampu beli kereta, kenapa perlukan pembiayaan penuh tu? Sekarang ni penting dan perlu ada simpanan untuk kecemasan,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tak mampu bayar, mustahil belanja sampai RM10,000 di SPaylater! Tiada rekod 'lewat'... ramai syak sipolan nak show off rancak membeli

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah paksa buat loan! Ruangan komen jadi medan luahan anak-anak, buntu dibebani hutang hingga tua... ini pandangan mufti

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen dan rata-ratanya menyatakan terkejut dengan isu yang diutarakannya.

Ada juga yang berkongsikan pengalaman tentang keadaan kewangan semasa dan menyarankan supaya generasi muda menggunakan jenama lokal bagi mengelakkan beban kewangan yang lama.

“Saya dengan isteri kalau gabungkan jumlah gaji RM11,000 baru berani pakai Honda BRV, sebelum tu pakai Perodua Myvi sahaja... anak tiga orang, tolong kawan-kawan rancang kewangan dengan baik dan ikut keperluan.

Sebahagian reaksi netizen.

Sebahagian reaksi netizen.

“Saya dan suami gaji RM12,000. Suami pakai Proton Preve, lagi setahun nak habis bayar... hanya rumah saja kami bayar. Saya pesan pada suami pakai kereta mmpu milik jangan ikut-ikut orang.

“Kami gaji suami isteri RM14,000 pun tak pakai kereta mewah. Perodua Myvi dan Alza saja... habis bayar dah semua,” kongsi beberapa netizen.

Dalam pada itu, sekumpulan netizen tampil memuji sikap Qis Amanda yang memberi nasihat kewangan kepada individu yang ingin membuat pinjaman pembiayaan.

Malah ada yang menyifatkannya sebagai pegawai bank 1 dalam 1,000.

"Susah nak jumpa banker macam awak. Terima kasih.

"Terima kasih, awak dah jalankan tanggungjawab... teruskan nasihat macam ni untuk bakal pembeli terutama yang berkeluarga," luah beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain