suria

Ngerinya! Pintu belum tutup lif dah bergerak dulu... sudahnya kaki uncle tersepit, tergantung antara 2 aras

Mangsa mengalami kecederaan luka pada kedua-dua pergelangan kaki.

BAGAIKAN babak dalam filem Final Destinantion.

Begitulah gambaran mengenai nasib malang seorang lelaki apabila kakinya tersepit pada pintu lif di Pangsapuri Desa Pinang 2, Jelutong, Pulau Pinang, pada 17 Jun lalu.

Mangsa yang berusia 55 tahun terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam apabila kedua-dua kakinya tersepit selepas lif itu dikatakan bergerak sendiri sebelum dia sempat menekan butang 'tutup'.

Lebih ngeri, kaki mangsa berada dalam keadaan tersepit antara lif tingkat satu dan tingkat bawah (ground floor), seolah-olah tergantung antara dua aras.

Malah, orang awam yang berada di tingkat bawah juga boleh melihat dengan jelas sebahagian kaki mangsa yang terjuntai di bahagian luar pintu lif berkenaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan, pihaknya mendapat laporan berhubung kejadian itu pada 11.42 malam dan tiba ke lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

lif2

Keadaan kaki mangsa yang tersepit pada pintu lif.

"Tindakan anggota adalah dengan membuka pintu lif dengan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian.

"Mangsa seorang lelaki berketurunan Cina akhirnya berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat kurang 15 minit kemudian dan diberi rawatan awal oleh anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS)," ujarnya.

Memetik laporan Kosmo!, operasi menyelamat berakhir pada pukul 12.19 malam dan mangsa hanya mengalami kecederaan luka pada kedua-dua pergelangan kaki.

Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

A’ AZELAN HASSAN

KETUA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT JALAN PERAK

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, perincian kejadian serta beberapa foto mangsa turut dikongsi menerusi Facebook rasmi Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak sehingga ia meraih perhatian netizen.

"Setibanya di lokasi dan setelah membuat siasatan didapati benar berlaku kejadian lif terhenti, terdapat seorang mangsa (kaki tersepit) di bahagian pintu lif di antara aras ground floor dan aras satu.

"Ketua operasi mengarahkan tindakan segera untuk membuka pintu lif tersebut dilakukan dengan menggunakan peralatan khas kebombaan dan mangsa seorang lelaki berjaya dikeluarkan dengan selamat," ujar pengendali Facebook itu.

lif3

Kejadian ini berlaku di di Pangsapuri Desa Pinang 2, Jelutong.

Selain menyamakan kejadian itu dengan babak filem, netizen di Facebook turut meluahkan rasa takut sekiranya mereka turut berdepan kejadian sama.

"Bukan kali pertama di Pulau Pinang. Banyak kes, tak boleh post sebab nanti orang ramai takut guna lift.

"Salah penduduk ada, salah management ada, salah company buat maintenance ada, semua berkaitan duit.

"Fikir-fikirkan la, ting tong tiang entah bila giliran lift tempat anda," tulis seorang netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain