suria

Harapkan bahagia perkahwinan kedua, ibu 3 anak ‘dapat derita’ suami gantung tak bertali! Tunggu masa dihalau tuan rumah

Noor digantung tidak bertali selepas suaminya membawa diri pulang ke kampung halaman di Thailand sejak setahun lalu.

BIARPUN masih berstatus isteri orang, namun dirinya tidak ubah seperti seorang ibu tunggal.

Sejak setahun lalu, wanita bernama Noor Mohammad digantung tidak bertali oleh suaminya yang membawa diri ke kampung halaman di Thailand, selepas satu peristiwa yang membabitkan kes polis.

Sepeninggalan suaminya, wanita berusia 34 tahun itu terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga bagi kelangsungan hidup bersama tiga anak yang masih kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Baju sekolah pun tak lepas nak beli, ibu tunggal lebih fikir duit anak masuk asrama penuh... raya tolak tepi!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tanggung ujian berat selepas kahwin usia muda! Suami kudung dua kaki, sakit buah pinggang... nasib 4 anak kecil jadi tanda tanya

Kisah wanita yang menetap di Kedah itu dikongsikan oleh seorang aktivis kemasyarakatan, Natipah Abu, menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut Natipah, wanita itu sendiri menghubungi pihaknya beberapa kali sambil menangis menceritakan kesempitan hidupnya yang terpaksa membesarkan anak-anak bersendirian.

gantung 1

Noor menjual kuih di tepi jalan dan pakaian secara dalam talian (online) untuk menyara anak-anaknya.

"Mengharap bahagia pada perkahwinan kedua, sayangnya harapan hanya tinggal harapan apabila dia digantung tidak bertali sejak setahun yang lalu.

"Suami yang dinikahi lima tahun yang lalu, mula berubah sejak ditimpa kemalangan ketika dia hamil anak bongsu mereka lebih setahun yang lalu.

"Kemalangan jalan raya menyebabkan suami Noor menghadapi tekanan perasaan. Dia mula mengalami masalah mental dan pernah dirujuk ke hospital tetapi dia enggan meneruskan rawatan.

"Suami yang dulunya baik dan penyayang itu mula menjadi panas baran dan kaki pukul tiba-tiba," kongsi Natipah.

gantung 2

Selepas ditimpa kemalangan, suami Noor berubah sikap menjadi seorang yang panas baran.

Menurut aktivis itu lagi, tubuh Noor kerap kali menjadi sasaran si suami sehingga menyebabkan wanita tersebut tidak tahan lantas terpaksa membuat aduan kepada pihak polis.

"Suaminya dipanggil untuk memberi keterangan. Selepas peristiwa itu, suami Noor membuat keputusan drastik, kembali ke Thailand dan menetap di sana bersama ibu yang berasal dari Thailand.

"Tinggallah Noor sendirian membesarkan anak-anak dengan berniaga macam-macam," kongsinya sambil menambah, tiga anak wanita itu berusia setahun, tiga tahun dan empat tahun.

Kemalangan jalan raya menyebabkan suami Noor menghadapi tekanan perasaan. Dia mula mengalami masalah mental.

NATIPAH ABU

AKTIVIS KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

Demi menyara kehidupan, Noor menjual kuih muih di tepi jalan selain berniaga pakaian secara dalam talian (online).

Sungguhpun bekerja keras, namun pulangan yang diharapkan masih tidak mencukupi disebabkan kurangnya sambutan daripada pelanggan.

"Untuk keluar bekerja makan gaji adalah sangat mustahil kerana tiga orang anaknya masih kecil.

natipah

Natipah sudah lebih 10 tahun bergiat aktif dalam lapangan kebajikan dan kemanusiaan.

"Ekoran itu, Noor sudah diberi kata dua oleh tuan rumah sama ada mengosongkan rumah atau membayar sewa yang tertunggak sudah empat bulan. Bil-bil utilitinya juga tertunggak," kata Natipah.

Sehubungan dengan itu ujar Natipah, perkongsiannya di laman Facebook adalah bagi mengumpul sumbangan demi membantu meringankan beban ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Sehingga kini posting Natipah meraih 110 perkongsian di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain