suria

Lelaki gunting orkid dekorasi Aidilfitri jiran, katanya sebab sakit hati ruang awam buat macam hak persendirian

Seorang lelaki didapati menggunting bunga orkid jirannya.

RAMAI yang tidak memahami hak pemilikan bersama bagi hartanah strata walaupun ia telah dikuatkuasakan Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) atau Pejabat Tanah Daerah (PTD).

Maka, tidak hairanlah apabila ada yang sewenang-wenangnya menggunakan ruangan awam seperti koridor pejalan kaki sebagai milik 'persendirian' dengan meletakkan barang atau pasu bunga dengan alasan mahu kawasan rumahnya tampak cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelong kereta jiran RM800, siap percuma pam racun! Mesej padu peniaga menjadi, jiran ‘kebal’ 2 tahun asyik parking depan rumah akhirnya ubah fikiran

ARTIKEL BERKAITAN: Puas tegur sampai bermasam muka, apa nak buat kalau jiran kemaruk letak kereta depan rumah kita? Ini jawab peguam hartanah

Malah, disebabkan ramai yang melakukannya, perbuatan menghias kawasan sekitar rumah itu dilihat sebagai perkara biasa walaupun hakikatnya ia salah di sisi undang-undang selain memudaratkan penghuni jika berlaku kecemasan seperti kebakaran.

Bagaimanapun, tidak semua pemilik strata gemar dengan 'kebiasaan' seumpama itu kerana ia disifatkan mengganggu aktiviti harian dan jiran tetangga.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang lelaki yang dianggarkan berusia 50-an didapati sengaja merosakkan tanaman pokok bunga yang diletakkan di laluan koridor dengan menggunting kesemua bunga orkid yang ditanam.

Ia berkemungkinan dilakukan kerana rasa tidak puas hati apabila laluan koridor sebuah apartment dijadikan ruang 'persendirian' selepas pemilik unit berhampiran menjadikan ruangan tersebut sebagai 'taman bunganya'.

Ciapan yang dibuat pelayar Twitter bersama rakaman CCTV.

Ciapan yang dibuat pelayar Twitter bersama rakaman CCTV.

Perbuatan khianatnya itu bagaimanapun dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit, lelaki bertopi yang memakai baju dan seluar pendek berwarna kelabu itu dilihat membawa gunting bersama.

Dia kemudian didapati menggunting kesemua bunga orkid yang berada di ruangan awam tersebut.

Bunga orkid jiran digunting.

Bunga orkid jiran digunting.

Berdasarkan hantaran seorang warganet di laman Twitter, lelaki terbabit dikatakan cuba merosakkan dekorasi hari raya rumah jirannya.

"Ia (dekorasi) diadakan setahun sekali... diharapkan laporan polis dibuat oleh sumber (video)," ciapnya ringkas.

Perkongsiannya itu kemudian diulang kicau dan rata-ratanya mempersoalkan kenapa lelaki terbabit melakukan perbuatan khianat seperti itu.

Ini ruang awam yang dikongsikan? Dia boleh tegur elok-elok... 'tidak boleh suka hati deko kat luar' atau bertimbang rasa sedikit.

NETIZEN

Ada juga yang mempertikaikan tindakan tuan rumah tersebut yang sewenang-wenangnya menggunakan ruangan awam sebagai hak persendirian dan menjadikannya seolah-olah taman bunga.

"Ini ruang awam yang dikongsikan? Dia boleh tegur elok-elok... 'tidak boleh suka hati deko kat luar' atau bertimbang rasa sedikit. Apabila raya sudah habis, suruh jiran tu kosongkan balik laluan.

"Kenapa dia potong semua bunga tu?

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Kenapa dia buat begitu, adakah itu cara dia untuk mengurangkan masalah gangguan mental atau kemurungan? Atau dia sebenarnya mempunyai banyak masa.

"Pakcik ni patut pindah ke negara lain yang tidak sambut Hari Raya Aidilfitri," luah beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa netizen menyatakan kejadian tersebut dipercayai berlaku di Singapura.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain