suria

Siapa gerangan lelaki kurang siuman bawa patung bayi dalam stroller? Ramai hulur makanan tapi dikongsi pula dengan kucing jalanan

Netizen memuji sikap mulia lelaki itu yang sanggup berkongsi makanan dengan kucing jalanan.

MANUSIA yang ada akal fikiran pun belum tentu ada sifat semulia hati dia.

Demikian komen netizen berhubung kisah tular seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang berkongsi makanan dengan kucing jalanan.

Kisah itu dikongsi oleh seorang pelayar Facebook yang dikenali sebagai Mizie Omar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kisah beg berat! Lelaki ini sanggup bawa bungkusan khas dari Malaysia demi beri makan kucing di Makkah, Madinah

ARTIKEL BERKAITAN: Apa saja demi haiwan! Dua gadis bergegas pergi kerja sanggup patah balik alih kucing mati, bangkai anjing pun pernah alihkan

"Aku tak tahu siapa dia ni sebenarnya. Sejak berniaga di bazar ni, ada beberapa kali terserempak dengan dia. Lalu depan tempat aku berniaga.

"Bajunya comot, seluarnya lusuh. Di telinganya ada subang. Subang tu pula kunci manga yang kecil tu. Sambil menolak kereta tolak bayi.

"Dalam tu ada anak patung. Patung baby perempuan, kepala patung tu botak tengah. Masa aku tengok tu tersenyum aku sendiri. Dalam hati aku, sah dia ni golongan istimewa," ujarnya.

k1

Antara komen netizen di Facebook.

Menurut Mizie, lelaki itu tidak pernah meminta-minta makanan, namun saban hari ada sahaja insan pemurah yang akan berkongsi rezeki dengannya.

Cerita Mizie lagi, apa yang lebih menyentuh hati apabila melihat lelaki itu tetap berkongsi makanan yang diterimanya dengan seekor kucing jalanan di kawasan tersebut.

"Lalu depan tempat orang meniaga dia tak meminta, tapi ada je yang memberi makanan dan minuman. Kebetulan masa dia lalu depan aku meniaga tu jaraknya agak jauh. Biasalah bulan puasa, malas nak keluar suara kuat-kuat memanggil dia. Kering tekak.

Sedangkan dia yang lapar dan haus, apabila dihulurkan makanan dan minuman... dia tetap membahagikan rezeki dengan makhluk lain.

MIZIE OMAR

"Hari ni terserempak lagi. Masih lagi tertawa kecil di dalam hati tengok anak patung tu. Gambar ni masa aku tengah nak pergi cari air, ternampak dia dengan si bulus. Allah, tersentuh aku tengok keadaan ini.

"Sedangkan dia yang lapar dan haus. Apabila dihulurkan makanan dan minuman oleh insan lain. Namun dia tetap membahagikan rezeki dia itu dengan makhluk lainnya.

"Sesungguhnya kejadian ini sungguh-sungguh menginsafkan aku. Siapalah kita untuk menilai mereka ini," tulis Mizie.

The cat is lying on a concrete floor outside the house. Photo: 123rf.com

Menurut Mizie Omar, lelaki itu berkongsi makanan dengan kucing selepas dia menerima pemberian orang ramai di kawasan tersebut. (Gambar Hiasan)

Posting tersebut dikongsi menerusi group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini? dan meraih lebih 6,000 tanda suka (likes).

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sayu atas sikap mulia lelaki itu dan berteki-teki mengenai kisah hidupnya sehingga dia berakhir sedemikian rupa.

"Allahuakbar. Hebat hati nurani dia. Walau kurang sihat, mesti ada cerita yang tersirat yang pernah dilalui sehingga dia jadi begitu. Hanya Allah yang maha mengetahui, tapi dia berjiwa besar.

553

Kejadian itu dirakam dekat sebuah bazar Ramadan yang tidak dinyatakan lokasinya. (Gambar Hiasan)

"Saya pernah jumpa ornag kurang waras berbahagi rezeki dengan kucing sampai dia sendiri tak ada makanan. Saya dan suami cepat-cepat belikan nasi goreng dengan air mineral besar, roti dan biskut. Dia ketawa bila kami bagi.

"Kesiannya dia. Tak sempurna tapi mulia hatinya. Moga Allah lindungi dia.

"Selalu golongan macam ni lebih berhati mulia dengan makhluk Allah yang lain," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain