suria

Panas hati tengok pelanggan ‘menggelupur’ selongkar kasut, kotak bersepah atas lantai... Macam tak pernah raya!

Situasi kasut bersepah ini dirakam di sebuah pusat beli-belah di Nilai, Negeri Sembilan.

MENJELANG hari-hari terakhir Ramadan, umat Islam di negara ini mula membuat persiapan dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Namun di sebalik kemeriahan itu, tular satu video memaparkan lambakan kotak kasut kanak-kanak bertaburan di lantai sebuah pusat beli-belah, dipercayai disepahkan oleh pelanggan.

Menurut pemilik video, Bella Shariman, 31, kejadian itu dirakam di sebuah pusat beli-belah di Nilai, Negeri Sembilan pada Selasa petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Baju raya si comel dah siap, hajat bergelar ibu Aidilfitri kali ini tak kesampaian... Bayi sulung ‘pergi’ selepas 7 hari keluar hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Minta tester dah 3 kali tapi langsung tak beli, peniaga biskut raya sekolahkan pelanggan keturunan 'Haji Bakhil'... asyik nak free je!

"Saya merupakan salah seorang pelanggan yang ada di situ. Kejadian berlaku di bahagian kasut dan selipar kanak-kanak, dalam pukul 5 petang.

"Sebenarnya saya nak beli kasut raya untuk anak, tapi saya batalkan niat kerana tengok kasut yang bersepah terkeluar daripada kotak. Saya rasa ada orang tarik-tarik keluar kasut sampai bersepah.

"Promoter ada, tapi mereka pun sibuk layan pelanggan yang ramai. Mungkin ada pelanggan yang tak sabar sampai jadi macam tu. Sedih dan terkilan apabila tengok kotak-kotak kasut tu bersepah. Malu kalau orang luar tengok," ujarnya.

Menurut penyelia landskap yang menetap di Dengkil, Selangor itu, dia berkongsi video kejadian tersebut untuk memberi peringatan kepada orang ramai mengenai adab sebagai pelanggan.

bella2

Bella membatalkan hasrat membeli kasut raya anaknya selepas melihat situasi di pusat beli-belah itu.

Tambah Bella yang juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia empat tahun, ada dalam kalangan pekerja pusta beli-belah turut meninggalkan komen di TikTok miliknya, berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui sebelum ini.

"Saya terkejut posting video itu viral. Saya cuma nak kongsi apa yang berlaku. Saya pun boleh faham apa yang dirasai promoter itu, saya sendiri pernah kerja sebagai promoter selepas tamat sekolah dulu.

Kalau pergi pusat beli-belah, kita kenalah sabar... tambahan pula musim perayaan macam ni.

BELLA

"Bila video tu viral, saya harap orang ramai beringat sebelum buat sesuatu, takut wajah mereka dirakam dalam video begitu, mestilah malu. Orang lain pun nak beraya juga, janganlah buat macam tu.

"Kalau pergi pusat beli-belah, kita kenalah sabar... tambahan musim perayaan macam ni. Kena jaga adab kita sebagai pelanggan," ujarnya yang bekerja di Putrajaya.

file7klpek0jard12w7xi1r4

Umat Islam giat membuat persiapan menjelang lebaran tidak lama lagi. (Gambar Hiasan: BERNAMA)

Video yang dikongsi Bella menerusi laman TikTok sehingga kini meraih lebih 800,000 tontonan.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa geram terhadap pelanggan yang bertindak sedemikian dan berharap ia tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Bukan kira ada staf atau tidak, tapi atas sikap masing-masing.

bella4

Antara komen netizen di TikTok.

"Ya Allah, fahamlah dah dua tahun tak raya, janganlah macam ni. Baru pergi mall juga, macam ni la situasi kat sana. Orang-orang menggelupur selongkar kasut macam tak penah raya, kesian staff yang kerja kat situ.

"Siapa pernah kerja promoter tahulah rasanya macam mana. Rasa nak marah tapi kena sabar.

"Kesiannya yang nak kena kemas tu. Tolonglah mudahkan urusan orang," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain