suria

Nasib si anjing sesat tak jumpa jalan pulang, badan lesu terketar-ketar... Gadis buat ‘content’ TikTok cari tuan, nasib baik jumpa!

Dani terjumpa dengan haiwan comel itu ketika tiba ke tempat kerjanya pada Khamis pagi.

BAGI segelintir individu, haiwan peliharaan dianggap seperti anak atau ahli keluarga sendiri.

Malah, tiada siapa yang pernah bersedia untuk menghadapi kehilangan atau kematian haiwan peliharaan mereka.

Pada Khamis, seorang wanita dikejutkan dengan penemuan seekor anjing comel ketika dia tiba di tempat kerjanya, di Kota Bharu, Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi kisah anjing jalanan berubah manja selepas kaki dirawat, rupa-rupanya ada sebab suka rakam banyak video

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati atasi segala... gadis takut anjing beranikan diri demi Jantan! Bukan hanya beri makan, juga jadi ‘nurse’ balut kaki dengan halia

Menurut Ardani Sahidan, 25, dia percaya haiwan comel itu bukanlah anjing jalanan kerana ia dipakaikan dengan kolar berwarna kuning.

"Kejadian berlaku dalam pukul 7.30 pagi. Pada waktu itu, saya baru saja sampai ke tempat kerja. Saya nampak anjing tu dekat kawasan parking belakang bangunan pejabat... duduk sendirian di tepi pagar.

"Anjing tu senyap je, badannya terketar-ketar. Saya terus terfikir, macam mana nak selamatkannya? Saya risau sekiranya tidak dibantu, ia akan berkeliaran dan dilanggar.

anjing43

Anjing ini hilang sejak Rabu, namun sudah disatukan semula dengan pemiliknya pada Khamis.

"Saya minta kawan carikan sangkar sebelum cari pemiliknya, sebab saya pun dah nak masuk kerja. Kawan saya gagal cari sangkar. Jadi saya ambil keputusan untuk buat video dan hebahkan mengenai penemuan anjing itu menerusi TikTok dan Instagram," ujarnya.

Senang disapa Dani, dia akui terkejut dengan penangan kuasa viral apabila haiwan itu berjaya disatukan semula dengan pemiliknya dalam tempoh singkat.

Anjing tu senyap je, badannya terketar-ketar... risau sekiranya tidak dibantu, ia akan berkeliaran dan dilanggar.

DANI

Jelas Dani, dia dimaklumkan bahawa haiwan itu terlepas dari sebuah grooming centre sejak Rabu petang, malah pemiliknya juga ada membuat hebahan menerusi Facebook.

"Dalam 10 ke 20 minit selepas saya kongsi video, terus ramai orang tinggalkan komen. Mereka kata owner anjing dah cari sejak semalam. Anjing tu dah hilang sejak 2 petang Rabu.

"Tak lama lepas tu, orang dari tempat grooming tu datang ambil anjing tersebut. Saya bersyukur ia dapat dikembalikan kepada pemiliknya dengan selamat," ujarnya yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Kota Bharu.

dani1

Dani bersyukur ramai netizen di TikTok menyalurkan maklumat sehingga anjing itu dapat dipulangkan kepada pemiliknya.

Jelas Dani, dia sebagai pencinta haiwan hanya cuba membantu sehabis daya kerana tidak sanggup melihat haiwan itu bersendirian dan kelaparan.

"Saya jadi sensitif kalau bab haiwan... mudah kasihan. Saya sendiri pun bela haiwan. Kalau keluar pun saya akan bawa makanan kucing, senang sekiranya ada terjumpa kucing jalanan.

"Dulu saya pernah bela kucing, tapi dah berhenti sebab saya alahan dengan bulu. Sekarang saya hanya bela burung di rumah," ceritanya lagi.

anjiung2

Kisah anjing yang diberi nama Kopi itu tular di TikTok.

Biarpun sudah disatukan semula dengan pemiliknya, video penemuan anjing itu terus meraih perhatian sehingga menerima hampir 200,000 tontonan di TikTok.

Selain berasa kasihan, netizen turut meninggalkan komen sambil memuji kecomelan haiwan berkenaan yang memiliki bulu kerinting berwarna coklat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain