suria

Disangka suami orang, lelaki ini kena block di WhatsApp! Tak mengalah, surat cerai jadi bukti... selepas kehilangan ibu, gadis percaya si dia jodohnya

Mereka telah mula berkawan sejak 2017 setelah mula berkenalan di UMP.

JIKA sudah tertulis namanya jodoh, tidak kira jarak umur berapa sekalipun, ia tidak akan menjadi penghalang buat dua insan untuk bersatu hati.

Begitulah kisah pasangan ini yang mempunyai perbezaan usia 15 tahun, Azilah Ab Rahim berumur 23 tahun telah bertemu jodoh dengan Muhammad Nurazlan Hamidon, 38.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak suka mak kahwin laki muda, beza umur dengan bapa tiri cuma 3 tahun! Kini dah boleh terima, cuma tak tahu nak panggil apa

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu guru, kini dah jadi orang rumah! Beza 25 tahun, isteri banyak kali tanya soal usia... hairan kenapa suami tak pilih yang muda - "Keluarga kata perkara baik elok dipercepatkan"

Berkongsi cerita dengan mStar, Azilah berkata dia dan suaminya telah selamat disatukan pada 14 Januari 2022, setelah mengenali suaminya semasa sama-sama menyambung pengajian di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Kuantan.

"Saya kenal suami bulan September 2017 sebab belajar sekali di UMP. Kami mula bertegur sapa masa saya tengah cari ahli untuk join group assignment. Tiba-tiba dia WhatsApp saya nak masuk group sama cuma lambat sikit jadi dah ada orang lain nak masuk.

"Bermula dari detik tu kami teruskan berborak di WhatsApp tapi banyak cakap pasal assignment je. Cuma lama-kelamaan bila dah berkawan baru saya dapat tahu yang dia dah berkahwin. Saya tak cakap banyak terus saja block dia. Saya tak nak jadi orang ketiga atau kacau suami orang apatah lagi berborak di WhatsApp walaupun sebagai kawan," ujar Azilah.

Bagaimanapun pada ketika itu menurut Azilah, suaminya ini telah berusaha untuk menghubunginya semula untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Tapi lepas tu tak sangka suami saya ni sanggup guna phone kawan dia untuk chat dengan saya dekat WhatsApp sebab nak tahu kenapa saya block dia.

"Saya pun unblock dia semula dan beritahu yang saya tahu dia dah berkahwin. Rupa-rupanya dia dan isteri dah lama bercerai tapi masa tu saya tak percayakan dia. Yelah... kami pun baru saja kenal.

Selepas pandemik, mereka berjumpa semula secara bersemuka di kolej lebih kerap.

"Tapi lepas dia tunjuk surat cerai baru saya OK nak teruskan berkawan dengan dia. Tapi macam biasa kami cuma rapat sebagai kawan tak lebih sebab saya pun baru putus cinta dengan bekas kekasih tahun tu. Sebab tu saya tulis dalam video tu 'dipatahkan 1999, di hargai 1984'," kata Azilah.

Bercerita lanjut, seminggu setelah mereka masuk semula ke universiti selepas belajar atas talian sepanjang pandemik Covid-19, mereka berjumpa semula secara bersemuka di kolej lebih kerap.

Jelasnya, setelah lebih setahun tempoh berkenalan, hubungan mereka menjadi lebih rapat sehingga suaminya telah meluahkan hasrat untuk ke fasa seterusnya.

Memang susah masa nak habiskan degree tu, sampai dia 'ugut' kalau berhenti belajar anggaplah lepas ni mereka tak pernah kenal, jadi saya habiskan juga. Susah senang memang dia ada dengan saya, so from that I think he is the one.

AZILAH

Malah, faktor jarak perbezaan umur mereka sebanyak 15 tahun tidak menjadi isu besar dan direstui oleh kedua ibu bapanya.

"Mulanya mak saya risau sebab perbezaan usia kami tapi bila kali pertama saya bawa balik rumah kenalkan dengan mak, dia cakap suami saya OK, ada budi bahasa..

"Bila kerap bawa balik, mak dah mula suka dan tak larang saya untuk kawan dengan lebih serius, cuma mak saya pesan kalau nak kahwin habiskan degree dulu," jelasnya.

Bagaimanapun, malang buat wanita ini apabila ibunya meninggal dunia semasa dia sedang menyambung pengajian Ijazah Pengurusan Projek di UMP, Gambang, Pahang.

Faktor jarak perbezaan umur mereka sebanyak 15 tahun tidak menjadi isu besar dan direstui oleh kedua ibu bapanya.

Ujarnya, susulan itu dia hilang semangat untuk meneruskan pengajian, namun kehadiran bakal suaminya banyak membantu memberi kekuatan buat dirinya.

Bermula dari situlah, gadis ini mula tertarik dengan kesungguhan lelaki itu dan berusaha untuk meneruskan pengajiannya sehingga tamat.

"Saya decide nak kahwin dengan dia sebab saya nampk kesungguhan dia. Masa arwah mak meninggal 2019, saya hampir give up nak sambung degree.

"Saya cakap dekat dia nak berhenti belajar, tapi dia cakap jangan risau dia akan jaga saya. Siap bagi sokongan moral dan selalu bagi nasihat dan semangat.

"Memang susah masa nak habiskan degree tu, sampai dia 'ugut' kalau berhenti belajar anggaplah lepas ni mereka tak pernah kenal, jadi saya habiskan juga. Susah senang memang dia ada dengan saya, so from that I think he is the one," jelas Azilah.

Lelaki ini sering bagi sokongan moral dan selalu bagi nasihat dan semangat kepada Azilah.

Berikutan perkongsian di TikTok yang menjadi tular, netizen meluahkan pendapat dan spekulasi mereka terhadap pasangan yang memiliki jurang umur terlalu jauh ini.

Dalam pada itu, ada perkara tidak sedap didengari apabila dikatakan wanita ini bercinta disebabkan wang ringgit suaminya yang pada ketika itu merupakan anggota badan beruniform.

Tetapi segala cakap kosong sesetengah pihak ini bagaimanapun tidak diendahkan kerana beranggapan ia tiada makna selagi tidak menjadi 'kudis'.

Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 14 Januari lalu.

"Ramai cakap kahwin sebab duit tapi saya tak kisah pun sebab masa belajar pun ada juga dengar orang cakap saya nak dekat dia sebab duit, senang nak pergi sana sini sebab dia ada kereta nak dibandingkan saya yang student ni tak ada apa-apa.

"Tapi mana yang komen buruk-buruk tu saya tak dendam cuma nak cakap yang tak semua perempuan pandang harta benda. Selagi dia boleh jaga dan jalankan tanggungjawab pun dah cukup bagus. Kami masing-masing boleh terima kekurangan sesama sendiri. Paling penting dapat restu ibu bapa," ujarnya menutui kisahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain