suria

Tempah hotel diberi rating tinggi, pulang bagi reviu 0! Pelanggan ‘disambut’ mangkuk tandas ada najis, selimut ada tompok merah

Ketibaan wanita tersebut dan rakan-rakannya 'disambut' dengan keadaan bilik yang kurang bersih.

INDAH khabar dari rupa!

Itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan suasana sebuah hotel di bandaraya Alor Setar, Kedah, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pelayar.

Menurut pelayar tersebut, dia tanpa ragu-ragu membuat tempahan untuk menginap di hotel berkenaan selepas mendapati ia mempunyai rekod yang baik dan mendapat pengiktirafan daripada laman peneraju tempahan hotel.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kongsi kejadian tak disangka menginap di hotel... deposit hangus sebab titik kecil darah, dapat bawa balik cadar untuk kenangan

ARTIKEL BERKAITAN: “Baru nak lelap mata, tiba-tiba ada ‘makhluk’ halus merayap...” - Pengalaman ngeri menginap di Melaka, sampai ada yang cadang bakar hotel

"Sebenarnya saya tak pernah buat bad review pasal hotel. Tapi Hotel S***** is different level. Saya dan kawan-kawan dari Pulau Pinang ke Alor Setar pada 3 Mac.

"Buat tempahan untuk dua hari satu malam. Bilik Family Suite, RM 165. Buat tempahan pun pasal Agoda bagi 8.4 rating, siap ada travel award dari Booking.com.

hotel 1

Tisu tandas dan tuala lap kaki yang tidak berganti.

"Lokasi pula lima bintang sebabnya walking distance ke Aman Central, Menara Komtar, Pekan Rabu. Kira memudahkanlah," tulisnya menerusi satu hantaran di laman Hotel Review Malaysia.

Bagaimanapun siapa sangka percutian pelayar itu dan rakan-rakannya berakhir dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Mana tidaknya, ketibaan mereka di pintu bilik hotel 'disambut' dengan suasana yang menyakitkan mata.

hotel 2

Kesan kotoran pada comforter.

"Sebaik tiba, tengok mangkuk tandas masih ada bekas najis. Tisu tandas pula yang sudah basah dan mengering, itu yang disediakan.

"Kain lap kaki (floor mat) tak bertukar, bekas kotoran berlumuran dekat kain lap kaki. Sarung bantal bau kepala orang. Jelaslah bilik tu tidak dibersihkan sebaik-baiknya.

"Tepi-tepi meja pun masih ada habuk. Tuala pun ada kesan kotoran lama. Terpaling tersakiti bila masa nak tidur jam 11 tu, comforter kotor, berbekas kotoran merah! Hanya Tuhan saja tahu apakah ia," hurainya mengimbas kembali pengalaman 'ngeri' yang dilalui awal bulan lalu.

Tambah pelayar tersebut, dia segera menghubungi talian penyambut tetamu untuk membuat aduan.

Dear pengusaha hotel, janganlah pandang sebelah mata hal kebersihan.

PELANGGAN

"Call reception, housekeeping dah balik tinggal pak guard. Reception suruh tukar bilik, tapi dah 11 malam, mengantuk tahap gear 5.

"Pengakhirannya kami terpaksalah berselimutkan blanket nipis yang disediakan oleh pak guard," ujarnya.

Geram dengan perkhidmatan yang teruk, pelayar berkenaan memberi markah 0 untuk tahap kebersihan hotel tersebut.

hotel 3

Luahan yang dikongsikan oleh pelayar berkenaan.

Malah dia turut membuat aduan kepada laman Agoda.

"Dear pengusaha hotel, janganlah pandang sebelah mata hal kebersihan. Pengunjung datang dari jauh untuk ke lokasi anda bukan nak expect lebih-lebih. Bilik yang okay dan bersih untuk mandi dan tidur, dah memadai.

"Biarlah duit bayar hotel tu berbaloi setiap sen, barulah perniagaan diberkati," tulisnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain