suria

Disuruh lari tapi ibu tunggal berdiri kaku saat kedai dirempuh Myvi, habis berterabur nasi lemak... ada hikmah, biasanya ramai pelanggan termasuk budak sekolah

Sebahagian kedia makan Norriza musnah akibat dirempuh sebuah Myvi pada Khamis.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisahnya mengenai peniaga berusia 56 tahun ini yang sedih mengenangkan kemusnahan di kedai makan miliknya.

Menurut Norriza Saad, 56, kedai yang diusahakan di Bintung, Kangar, Perlis itu dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi, sekitar jam 12.15 tengah hari pada Khamis.

Menurut Norriza, dia terkejut dengan rempuhan itu, menyebabkan dia berdiri kaku dan tidak sempat untuk melarikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh ‘King’ menuju alam barzakh... anak pemandu tampil cerita kisah sebenar menimpa ibunya, mohon maaf kepada waris kubur

ARTIKEL BERKAITAN: “Berani betul dia hon... King of the road tu!” – Lagi aksi ‘luar biasa’ Myvi, kali ini selamba buat U-turn tanpa rasa bersalah!

"Kedai makcik ada dua kaunter. Satu kaunter nasi lemak, satu lagi kaunter nasi ayam. Ketika kejadian, makcik tengah bungkus nasi ayam, tiba-tiba kereta itu masuk dan melanggar kaunter nasi lemak.

"Disebabkan terkejut, makcik berdiri keras di tempat bungkus nasi ayam. Staf suruh lari, tapi makcik berdiri kaku saja. Memang habis berselerak. Dah tak ada rupa nasi lemak. Cermin di kaunter nasi ayam pun pecah," ujarnya.

Menurut Norriza, dia bersyukur tiada mana-mana pelanggan mahupun kakitangan kedai berada di kawasan rempuhan tersebut ketika ia berlaku.

"Kalau ikut kebiasaan hari-hari, memang ramai pelanggan termasuk budak-budak sekolah dalam jam 12 tengah hari. Tapi kuasa Allah, ditakdirkan tiada siapa ada di depan kedai makcik pada waktu itu.

norriza2

Kaunter nasi lemak Norriza berterabur akibat rempuhan berkenaan.

"Kalaulah ada pelanggan, sudah tentu akan berlaku kemalangan jiwa. Syukur sangat tiada siapa cedera. Masa tu, pelanggan makcik pun duduk menunggu dalam kereta dia saja.

"Ini merupakan kejadian pertama di kedai makcik. Rasa trauma dan terkejut tak hilang lagi. Mungkin akan cuti sehari atau dua hari untuk baiki kerosakan," ujarnya.

Aturan Allah kita tak tahu, makcik terima ujian ini, mungkin ada hikmahnya.

NORRIZA

Video kejadian itu turut dikongsi ke aplikasi TikTok oleh anak bongsu Norriza iaitu Nur Amisya sehingga meraih lebih setengah juta tontonan.

Kata Norriza, dia terharu dengan kiriman doa orang ramai dan berharap perniagannya bertambah maju selepas ini.

"Anak maklumkan dia masukkan video ke TikTok. Makcik bersyukur ramai yang doakan kesihatan makcik. Doa orang ramai InsyaAllah makbul.

norriza 3

Kata Norriza, dia reda dengan ujian yang menimpa.

"Aturan Allah kita tak tahu, makcik terima ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Makcik dah 14 tahun berniaga selepas kematian suami akibat diabetes pada tahun 2001.

"Makcik dulu miskin tegar, kisah hidup makcik ada sejarah. Sendirian besarkan lima anak," ujarnya sebak.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Wari Kiew dalam satu kenyatan berkata, kejadian tersebut berlaku apabila pemandu lelaki berusia 72 tahun tertekan pedal minyak ketika membelok masuk ke lorong sebelah kanan jalan bersebelahan kedai makan berkenaan.

norriza 4

Satu lagi kejadian melibatkan Myvi yang tular pada Khamis.

Kereta mangsa mengalami beberapa kerosakan dan kes diklasifikasikan mengikut Rule 10 LN166/59 kerana lalai dalam mengawal pergerakan kenderaan dengan baik.

Pada hari sama, satu lagi kejadian melibatkan Perodua Myvi yang merempuh kubur di Senawang, Negeri Sembilan turut tular di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain