suria

“Kalau stres, kita solat... InsyaAllah akan hilang” - Dakwah sambil buat kek pandan, pesanan Haziq bikin ramai sebak

Dakwah sambil memasak oleh Haziq meraih pujian netizen di media sosial.

SENSASI internet yang diberi jolokan 'wartawan cilik' nampaknya terus menjadi perbualan masyarakat negara ini.

Dalam satu rakaman tular, Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, meraih pujian ramai atas penyampaian dakwah bersahajanya.

Segak menggayakan seragam persis seorang cef, kanak-itu membuat pesanan umum kepada umat Islam agar sentiasa beribadah kepada Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah... bukan biasa-biasa, Haziq interview PM pula! Siap tanya plan masa depan negara

ARTIKEL BERKAITAN: Petah dan santai... ‘wartawan cilik’ pegang mic lapor suasana pasar Bukit Selambau, siap panggil mak datin!

"Kalau kita ingat dekat nabi-nabi, nabi pun ingat dekat kita. Kita selalu baca al-Quran, solat lima waktu kita tak tinggal... kalau kita mati esok, kita masuk syurga.

"Orang yang tak sembahyang, tak selawat, dia mati esok, saya tak tahu nak kata. Saya bukan tuhan. Saya tak tahu nak kata apa kalau dia mati esok," ujar Haziq.

Pesanan ringkas kanak-kanak dari Bukit Selambau, Sungai Petani di Kedah itu ternyata menjentik hati orang ramai, ditambah pula dengan iringan muzik latar yang cukup sayu.

Dalam video sama, Haziq turut membuat tutorial masakan 'kek pandan gebu-gebas' yang menjadi kepakarannya sejak sekian lama.

haziq2

Haziq bertemu dengan PM pada 6 Februari lalu.

"Saya ni, bukan nak ceramah... solat lima waktu, selawat, baca al-Quran, baca Yasin... kita kalau tak solat, hidup kita akan stres.

"Kalau kita stres, kita solat... InsyaAllah stres tu akan hilang," ujarnya sebelum bergerak ke arah ketuhar dan mengeluarkan sebiji kek berwarna hijau.

Orang yang tak sembahyang, tak selawat, dia mati esok, saya tak tahu nak kata.

HAZIQ

Video yang dibawakan oleh kafe popular Pak Mat Western itu dihujani komen netizen yang rata-ratanya kagum dengan kebijaksanaan Haziq dalam bertutur kata.

Malah, ada yang meluahkan rasa sebak kerana terkesan dengan pesanan ringkas tapi mendalam oleh kanak-kanak berkenaan.

"Tak sia-sia viral. Macam ni viral baru berbaloi. Banyak yang baik-baik. Semoga adik Haziq berjaya suatu hari nanti.

"Respect adik Haziq. Cara dia sampaikan tu buat aku tersentuh.

haziq3

Selain petah berkata-kata, Haziq juga pandai memasak.

"Macam dah ada penglaman berpuluh-puluh tahun. Cerdik sungguh. Subhanallah.

"Cerah masa depan kamu dik. Semoga berjaya dunia akhirat," tulis beberapa netizen menerusi ruangan komen posting video itu di TikTok dan Instagram.

Untuk rekod, nama Haziq mula meraih perhatian selepas dia membuat laporan secara langsung di Facebook mengenai penemuan ular sawa di sebuah pasar, Januari lepas.

Selain petah berkata-kata, kanak-kanak yang menghidap talasemia sejak berusia lima tahun itu juga berkebolehan dalam bidang masakan.

Bakatnya turut meraih perhatian selebriti dan pemimpin politik sehingga diberi peluang menemu ramah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada 6 Februari lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain