suria

Tak kira di mana, pasangan ini hanya perlu sediakan cermin untuk hiburkan anak usia 9 bulan... dia punya senyuman bikin ramai ‘cair’

Hakeem Rayyan senyum apabila duduk depan cermin.

PANTANG nampak cermin, sampai ke telinga senyumnya.

Gelagat seorang kanak-kanak, Hakeem Rayyan Hozairee yang baru berusia sembilan bulan tersenyum ceria setiap kali melihat wajahnya di cermin pasti akan mencairkan hati mana-mana individu yang melihatnya.

"Dia punya happy aku join senyum happy sekali," tulis seorang warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN : Budak darjah 2 bercinta? Kelas tak masuk tapi rancak di grup WhatsApp Single & Taken, wanita ini seram tengok chat murid sekolah rendah

ARTIKEL BERKAITAN : “Tak pernah naik kereta mahal” - Wanita mengidam naik Ativa putih syukur ada insan faham ibu hamil, excited sampai lupa ambil gambar

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak berkenaan, Faeza Hanim Sandran, 25 berkata, anaknya itu sememangnya gemar bermain di hadapan cermin sejak empat bulan lalu.

"Memang dari umur dia lima bulan ayah dia, Hozairee Hassan selalu bawa dia main di depan cermin jadi sampai sekarang kalau tengok cermin dia akan terus senyum-senyum," katanya yang menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan.



Hakeem Rayyan suka tengok cermin sejak berusia lima bulan.

Menceritakan mengenai video yang dikongsikannya di laman TikTok, Faeza yang juga seorang suri rumah berkata, gelagat anaknya itu turut menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya tidak kira di mana mereka berada.

"Video tu sebenarnya kami rakam masa tengah tunggu saudara beli barang dekat H&M IOI Putrajaya.

"Masa tu ayah dia bawa anak main depan cermin, habis satu H&M kami pusing cari cermin untuk main supaya dia tak bosan.

"Ramai je yang tengok dia tersengeh depan cermin tu, saya pun tak sangka ramai yang suka (video yang dikongsi TikTok)," kata isteri kepada lelaki berusia 31 tahun itu.



Keluarga kecil Faeza.

Menurut Faeza, anak sulungnya itu seorang kanak-kanak yang sangat cerita serta sangat gemar bermain.

"Dia memang peramah, lepas tu mudah terhibur dan seorang yang sangat aktif," tambahnya.

Video yang dikongsikan Faeza kini telah mendapat lebih 2.7 juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain