suria

Wanita makan daging, ayam dan ikan mentah tenang dituduh berdamping syaitan, pakai susuk - “Rasa sama macam sushi”

Syahira menerima pelbagai kecaman kerana perkongsian memakan ayam mentah di TikTok.

GARA-GARA selamba makan daging ayam mentah, wanita ini menjadi perhatian warganet selepas video yang dikongsikannya di laman sosial menjadi tular.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen malah ada yang terlalu ekstrem dengan mengaitkan dirinya dengan amalan tidak masuk akal.

Tidak melatah dengan pelbagai komen negatif, namun wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syahira ini mengakui dia sedikit terkilan kerana dilontarkan komen yang agak 'kasar' tanpa mengetahui cerita sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 2 juta tontonan untuk video makan seafood mentah atas bot! Ramai tertipu, ‘gadis laut’ ini bukan anak nelayan - “Mak ayah tak payah beli ikan dah”

ARTIKEL BERKAITAN: Maryam Duriankimchi mengidam ikan pari mentah, Ryzal pening kepala cari makanan tradisi Korea - “Ikan perap tu bau macam ubat perm rambut”

Berkongsi cerita dengan mStar, Syahira yang menetap di Singapura ini menjelaskan pengambilan ayam atau ikan mentah adalah kebiasaan bagi mereka yang berketurunan dari Thailand.

"Sebenarnya ia (makan mentah) diwarisi daripada ibu. Ibu saya berketurunan Thailand, manakala bapa dari Kelantan. Sejak kecil lagi saya memang makan ayam, daging ataupun ikan mentah. Tak benar saya makan mentah semata-mata nak jadi viral.

"Saya baca komen-komen cakap makan mentah berdamping dengan syaitan untuk dapatkan wajah cantik, pakai susuk atau sebagainya... itu tak benar. Kalau mereka buat carian, mereka akan tahu bagaimana orang Thai makan," ujar wanita berusia 22 tahun ini.

Ditanya sama ada ahli keluarganya yang lain turut mempunyai tabiat yang sama, Syahira berkata hanya dia dan ibunya sahaja yang boleh 'menelan' daging mentah.

ayam mentah 1

Menurut Syahira, daging mentah mempunyai rasa yang sama seperti sushi.

Tambah Syahira, dia tidak mengambil daging ayam mentah setiap hari sebaliknya hanya sekali sekala sahaja.

"Bagi saya, rasanya sama seperti makan sushi. Tak ada beza sangat tapi mungkin bergantung kepada individu," ujar gadis kacukan Thailand-Kelantan ini lagi.

Menyedari tindakannya mengundang pelbagai kecaman, Syahira berkata dia enggan membalas komen atau mengambil pusing perkara yang dibangkitkan oleh netizen.

Kalau mereka buat carian, mereka akan tahu bagaimana orang Thai makan.

SYAHIRA

"Saya tak balas langsung... malas nak ambil tahu. Saya rasa yang komen ni budak-budak bawah umur," ujarnya lagi.

Sama sekali tidak menyangka perkongsiannya meraih lebih daripada 3 juta jumlah tontonan di TikTok, Syahira dalam masa yang sama berharap agar penjelasannya dapat mengelakkan salah faham orang ramai terhadap dirinya.

"Setiap orang ada kelebihan atau kekurangan masing-masing. Tak semestinya makan mentah itu kotor. Mereka tahu untuk mencucinya bersih-bersih.

ayam mentah 2

Syahira sudah terbiasa memakan daging mentah sejak kecil.

"Tak semestinya makan mentah berdamping dengan syaitan untuk kekal cantik atau sebagainya. Contohnya macam saya yang berdarah kacukan Thai-Kelantan.

"Benda tu tak pelik kalau seseorang itu mempunyai darah kacukan Thai. Namun ia mungkin pelik sebab tak semua orang makan mentah. Ada cuma susah nak jumpa," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain