suria

Susah nak cari aksesori tradisional, masalah MUA mahu jayakan video Lisa Blackpink selesai selepas ternampak sesuatu di dapur

Video Cik Peoh menggayakan bekas bunga telur sebagai aksesori kepala meraih perhatian ramai di TikTok.

PENYANYI Lisa dari kumpulan K-Pop Blackpink menjadi sebutan ramai selepas dia melancarkan lagu solo berjudul Lalisa, baru-baru ini.

Turut mencuri tumpuan tentunya kemunculan Lisa dalam persalinan tradisional negara Thailand menerusi muzik video lagu tersebut sehingga ia menjadi ikutan ramai di media sosial.

Tidak terkecuali tentunya jurusolek terkenal dari Kuantan, Pahang iaitu Cik Peoh yang tampil dengan video Lalisa versi tersendiri yang dihasilkan pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini seronok melukis di wajah sendiri, lukisan tengkorak nampak ngeri tapi ada cantiknya - “Mekap muka orang lain lebih susah”

ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik hasil solekan cantik, jurumekap ini dedah hanya sekolah sampai Form 4 - “Belajar sendiri, tak pernah kursus sebab tak cukup duit”

Menurut wanita berusia 29 tahun itu, proses solekan tidaklah begitu sukar, namun dia berdepan cabaran dalam mencari akesori bersesuaian untuk menghasilkan video berkenaan.

"Saya hasilkan video itu dalam masa sehari saja. Sebenarnya saya cuba cari pakaian tradisional Thailand yang dipakai oleh Lisa, tapi tak jumpa. Saya dah cuba tanya butik pengantin untuk sewa. Aksesori atas kepala tu lagi susah nak cari.

"Tiba-tiba saya terpandang bekas bunga telur di dapur, saya dapat idea untuk sembur cat warna emas. Saya sendiri yang cat bekas bunga telur itu dan akhirnya ia digunakan sebagai aksesori kepala dalam video berkenaan.

"Mekap tu saya dah terbiasa. Tidak susah. Cari aksesori yang payah. Penonton pun tak perasan pada mulanya. Lama-kelamanaan mereka baru perasan dan tegur aksesori atas kepala saya.

cikpeoh3

Cik Peoh sudah enam tahun terlibat dalam dunia solekan.

"Ada yang tanya sekiranya ia berat atau ringan. Ia bukanlah bekas bunga telur yang diperbuat daripada tembaga. Yang ini diperbuat daripada plastik saja," jelas Cik Peoh.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia sekadar mencuba trend terkini, namun turut terpanggil untuk menghasilkan video itu kerana cukup meminati karakter Lisa.

Macam-macam orang kata. Ada yang kata saya mekap macam badut. Yang tu paling ingat.

CIK PEOH

Malah kata Cik Peoh, dia teruja menerima reaksi positif netizen yang mana video yang dihasilkan turut mencecah lebih 100,000 tontonan.

"Kalau saya jumpa akesori sebenar, mungkin hasilnya lebih cantik. Tapi tak apa, saya buat video pun sekadar ikut trend saja. Sejujurnya saya memang minat Lisa dalam kalangan ahli Blackpink.

"Saya ni dah berumahtangga, cabaran buat video Lalisa kerana anak terpekik-pekik. Anak saya umur dua tahun dengan sembilan bulan," ujarnya berseloroh.

cikpeoh4

Cik Peoh bersama keluarganya.

Bercerita mengenai dirinya, Cik Peoh mendedahkan dia sudah enam tahun bergelar jurusolek, namun kini aktif menghasilkan content untuk media sosial.

Cik Peoh yang sebelum ini pernah bersiaran secara langsung menerusi Instagram mStar turut mendedahkan dia pernah dilemparkan komen negatif termasuklah yang menyamakan solekan wajahnya seperti badut.

"Dulu memang saya mekap pengantin. Sekarang saya banyak buat content mekap. Keinginan nak mekap pengantin tu memang ada, cuma busy dengan content sendiri.

cikpeoh2

Cik Peoh sebelum ini pernah dijemput bersiaran secara langsung (live) menerusi Instagram mStar

"Pernah juga terima komen negatif. Biasalah manusia, ada yang suka dan ada pula yang tak suka. Saya ambil kecaman sebagai faktor pendorong untuk terus maju.

"Macam-macam orang kata. Ada yang kata saya mekap macam badut. Yang tu paling ingat. Dia kata, nak mekap ke nak buat lawak? Tapi tak apa, ia jadi pembakar semangat untuk saya," ujar Cik Peoh lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain