suria

Banyak kali line internet terputus, kerani akaun lega jumpa ‘port online meeting’ di tingkat 12 PPR – “Sejuk berangin, nasib baik tak hujan”

Tangkap layar video yang menunjukkan Tasha menjalani 'online meeting' di tangga pangsapurinya.

DARI jauh lagaknya seperti bos di pejabat, seorang wanita kelihatan tersenyum duduk di kerusi empuk sambil melakukan sesuatu menggunakan komputer ribanya.

Namun, dalam hati tiada siapa yang tahu betapa gemuruhnya menghadapi mesyuarat secara dalam talian yang sebenarnya dilakukannya di tepi tangga bangunan rumah pangsa yang didiaminya.

Begitulah yang dialami Nurul Natasha Adysaleehin menerusi video yang dirakamkan oleh adiknya dari dalam rumah, sebelum dikongsi di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan ini dapat 'port baik' bawah jambatan selepas 'bergelut' cari line internet nak jawab exam! Berdebar nampak polis, sekali makcik yang muncul di tingkap

ARTIKEL BERKAITAN: Spot paling stabil 'bawah pokok'... disitulah calon pelajar medik ditemuduga, pensyarah asyik dengar kicauan burung - "Nasihat saya jangan panik, berterus terang..."

Wanita berusia 28 itu berkata, insiden berlaku di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak, Kuala Lumpur, petang Khamis.

Lebih mesra disapa Tasha, dia mula bekerja dari rumah (BDR) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada 1 Jun lalu.

"Sebelum kejadian, saya terlebih dahulu berada dalam rumah mengikuti online meeting bersama rakan sekerja termasuk bos.

"Tapi line internet tidak begitu baik ketika itu, beberapa kali terputus menyebabkan saya tidak dapat mengikutinya dengan lancar," katanya kepada mStar.

online meeting kat tangga 3

Tasha berkongsi pengalamannya bekerja dari rumah sejak awal Jun lalu.

Tasha menjelaskan ia bukanlah kali pertama berdepan masalah capaian internet yang tidak memuaskan ketika melaksanakan tugas dari rumah.

"Sebelum ini beberapa kali juga terutama masa nak hantar dokumen. Kalau tiba-tiba line tak okay, saya terpaksa keluar dari rumah untuk dapat line internet yang lebih baik.

"Rumah saya di hadapan tangga. Jadi kalau nak cari line, tangga itulah 'port baik' untuk saya hantar dokumen berkaitan dengan kerja," ujar anak jati Kuala Lumpur ini.

Dah dekat 20 minit masih ada masalah. Bahagian saya untuk bercakap dalam meeting pula tak lama lagi. Masa tu nervous, bimbang line akan terputus lagi

TASHA

Menurut kerani akaun itu, masalah yang dihadapinya beberapa kali dalam tempoh 20 minit pertama menyuarat dalam talian itu telah mengganggu konsentrasi.

"Saya perlu mendengar dan memahami apa yang dikatakan mereka dalam sesi tersebut kerana ia akan melibatkan tugasan yang akan saya lakukan nanti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dah dekat 20 minit masih ada masalah. Bahagian saya untuk bercakap dalam meeting pula tak lama lagi. Masa tu nervous, bimbang line akan terputus lagi," katanya yang menggunakan kemudahan WiFi dari rumah adik perempuannya yang tinggal berjiran.

Sebagai jalan selamat, kata Tasha, dia terpaksa membawa komputer ribanya keluar dari rumah dan meneruskan ‘online meeting’ dekat tangga pangsapurinya.

online meeting kat tangga 4

Tasha (kanan) bersama adiknya yang merakam dirinya 'online meeting' di tepi tangga.

"Sebenarnya kat tepi laluan tangga tu dah ada kerusi dan meja milik penghuni lain yang tinggal masa untuk dibuang atau dipindahkan ke bawah.

"Jadi, saya duduk di situ untuk teruskan online meeting saya. Alhamdulillah line internet di situ okay, meeting diteruskan dengan lancar sehingga habis.

"Saya terlebih dahulu tetapkan mod kaburkan background pada rakaman kamera. Jadi tak nampak apa di belakang saya yang sebenarnya adalah tangga," katanya sambil menambah menetap di tingkat 12 PPR itu.

Dia yang baru mendirikan rumah tangga pada April lalu menganggapnya sebagai cabarannya menjalani mesyuarat dalam talian selama kira-kira 40 minit dengan norma baharu.

"Masa tengah online meeting kat tangga, tiba-tiba ada jiran lalu. Dia tanya buat apa kat tangga. Saya okay je masih beri tumpuan online meeting.

"Sebenarnya seronok online meeting kat tangga, rasa sejuk sebab berangin. Nasib baik tak hujan. Kalau hujan bukan setakat line internet tak okay, saya pun nanti basah kena tempias hujan," ujarnya secara berseloroh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain