suria

Guru ‘nak buang imej garang’ terkedu disakat murid! Video TikTok ‘perut buncit macam cikgu’ raih lebih 5 juta tontonan - “Mereka tahu saya mengandung”

Rata-rata netizen terhibur dengan video yang dimuat naik oleh Cikgu Ayu di TikTok sehingga meraih lebih 5 juta tontonan.

APLIKASI TikTok semakin menjadi trend dan mendapat perhatian ramai masa kini.

Bukan sahaja untuk tujuan hiburan, malah ia digunakan untuk berkongsi tip bermanfaat, menyebarkan dakwah, teknik pembelajaran oleh para guru dan lain-lain golongan.

Begitu juga kisahnya dengan guru ini yang pada asalnya membuat rakaman di kelas untuk tujuan pembelajaran, namun lain pula kesudahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Video cikgu ‘garang’ raih 17 juta tontonan di TikTok, lucu ramai buat parodi termasuk Diana Danielle – “Nampak mekap tebal tu sebab filter”

ARTIKEL BERKAITAN: Nate aye! Cikgu alami ‘gangguan’ hari pertama sesi PdPR, ayam hutan kena marah - “Kali ketiga tekan ‘on record’ masa itulah nak buat hal”

Semuanya gara-gara gurauan salah seorang anak muridnya yang menyebut 'perut buncit macam cikgu' sehingga membuatkan dirinya terkedu seketika.

Video yang dimuat naik di TikTok itu membuatkan rata-rata netizen terhibur apabila sehingga kini ia meraih lebih lima juta tontonan!

Berkongsi cerita dengan mStar, guru yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Ayu itu berkata, insiden lucu itu berlaku minggu lalu ketika dia sedang mengajar murid pra-sekolah yang terdiri daripada kanak-kanak berusia lima dan enam tahun.



Insiden lucu yang berlaku minggu lalu ketika Cikgu Ayu mengajar murid pra-sekolah.

"Kalau nak ajar murid seusia itu, saya lebih suka konsep fun learning. Sebelum ini saya seorang guru yang garang. Tapi masa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), saya rindu nak mengajar bersemuka. Masa itu juga saya banyak muhasabah.

"Jadi bila dah boleh mengajar bersemuka, saya cuba ubah konsep kepada fun learning. Saya perhati, dengan konsep ini pelajar lebih mudah nak respons.

"Seronok bila mereka beri respons. Dalam video tu, murid tersebut beri tindak balas terhadap apa yang diajar... tapi dia sambung pula 'perut buncit macam cikgu'. Dia sememangnya seorang yang petah.

"Saya sebenarnya suka usik dia, tapi ketika itu tak sangka pula dia usik saya semula. Terkedu juga dibuatnya," katanya sambil ketawa kecil.



Cikgu Ayu lebih gemar menggunakan konsep 'fun learning' ketika sesi pembelajaran.

Menurut guru berusia 28 tahun ini, bahagian perutnya sememangnya sedikit menonjol kerana sedang hamil tiga bulan ketika ini.

"Murid-murid memang tahu saya mengandung lebih-lebih lagi kalau pakai baju kurung, ketara sikit baby bump. Sebab tu mereka ingat sewaktu saya mengajar pengenalan abjad berdasarkan bentuk abjad itu.

"Tapi selepas gurauan tu pembelajaran sambung macam biasa semula," katanya yang sudah lima tahun bergelar guru pra-sekolah.

Saya sebenarnya suka usik dia, tapi ketika itu tak sangka pula dia usik saya semula. Terkedu juga dibuatnya.

CIKGU AYU

GURU PRA-SEKOLAH

Walaupun rata-rata netizen terhibur dan memberi komen positif terhadap video berkenaan, namun Cikgu Ayu berkata terdapat segelintir daripada mereka melontarkan kecaman selain menganggap video tersebut lakonan semata-mata.

"Ada yang kata ia lakonan sebab mata saya pandang ke belakang. Saya pandang murid-murid di belakang sebab mahu mereka beri tumpuan kepada apa yang diajar.

"Kemudian ada yang kecam sebab kata mereka cikgu-cikgu sekarang suka main TikTok. Saya nak jelaskan, saya bukan baru main TikTok, sejak PdPR lagi saya dah rekod dan muat naik di TikTok... kebanyakannya adalah berkenaan teknik mengajar.



Cikgu Ayu berpengalaman selama lima tahun sebagai guru pra-sekolah.

"Video itu memang dirakam untuk diberi kepada ibu bapa dalam Group WhatsApp sebab kami ada group dengan ibu bapa supaya mereka tahu teknik pengajaran guru. Ia dirakam oleh seorang pembantu pengurusan murid.

"Kebetulan insiden lucu pula terjadi. Saya muat naik di TikTok sebagai kenangan saja. Tak sangka pula viral. Ibu murid saya pun tahu anaknya yang bergurau tu," kata guru di sebuah sekolah di Sungai Pelek, Sepang ini lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain