suria

Ramai teruja hidupkan foto orang dah mati guna aplikasi, ustaz risau fikirkan tuntutan ‘tiup roh di akhirat’... beri nasihat di TikTok!

Ustaz Ahmad Dusuki menjelaskan mengenai penggunaan aplikasi tersebut yang kini menjadi trend di media sosial.

SEJAK kebelakangan ini, tular di media sosial mengenai satu aplikasi yang dikatakan mampu 'menghidupkan kembali' foto orang yang dirakam.

Difahamkan, aplikasi yang dikenali sebagai Deep Nostalgia dari My Heritage itu boleh membuatkan seseorang di dalam gambar bergerak, tersenyum dan mengerdipkan mata.

Deep Nostalgia menggunakan teknik kecerdasan buatan (AI) yang mana ia mampu menganimasikan foto yang dimuat naik.

ARTIKEL BERKAITAN: Selama ini hanya tatap foto arwah mak ayah berwajah serius, selepas 21 tahun anak meraung dapat lihat mereka ‘senyum’ - “Terlalu realistik”

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... Ibu menyusul selepas 42 hari bapa meninggal dunia, anak bongsu puas dapat mandikan dua jenazah

Teknik tersebut disifatkan begitu 'ajaib' sehingga ramai pengguna media sosial tidak ketinggalan untuk mencubanya, malah ada yang menggunakan aplikasi tersebut terhadap foto insan kesayangan yang sudah meninggal dunia untuk mengubat kerinduan.

Namun begitu, ada pengguna media sosial yang membangkitkan persoalan, menyatakan perbuatan menggunakan aplikasi itu terhadap foto orang yang sudah meninggal dunia sebagai sesuatu yang salah di sisi agama Islam.



Ramai yang tidak ketinggalan mencuba aplikasi tersebut terhadap foto insan kesayangan dan berkongsinya di media sosial. Gambar hiasan

Memandangkan ia sudah digunakan secara meluas, aplikasi tersebut turut mendapat perhatian seorang pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Menerusi perkongsian jawapan di TikTok, Ustaz Ahmad Dusuki turut menghuraikan jawapan sebagai panduan dan peringatan bersama.

"Gambar itu tak bergerak, cukuplah ia dengan keadaan itu. Jangan pula kita nak menggerakkan untuk menimbulkan kenangan. Bagi orang yang meninggal dunia, kita bacakan doa mudah-mudahan Allah merahmati mereka," jawabnya.

Beliau turut menguatkan hujah berkenaan dengan satu hadis Rasulullah SAW sebagai rujukan.

Gambar itu tak bergerak, cukuplah ia dengan keadaan itu. Jangan pula kita nak menggerakkan untuk menimbulkan kenangan.

USTAZ AHMAD DUSUKI

PENDAKWAH BEBAS

"Ada satu hadis daripada Rasulullah SAW, yang menyebut bahawa di akhirat nanti, siapa-siapa yang membuat patung ataupun gambar, dia akan diarahkan Allah SWT untuk tiup balik roh pada gambar atau patung tersebut.

"Saya berpandangan bahawa sebaik-baiknya jangan kita terlibat dengan perkara sedemikian. Saya takut di akhirat nanti, di mana siapa yang terlibat dengan perkara sedemikian, di akhirat nanti Allah minta dia tiup roh pada gambar-gambar demikian," katanya lagi.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih 400,000 tontonan.



Sebahagian daripada komen netizen yang bersetuju dengan pandangan Ustaz Ahmad Dusuki.

Malah menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan lega kerana perkara tersebut akhirnya ditegur oleh golongan agamawan.

"Terima kasih ustaz... terjawab juga tanda tanya mengenai aplikasi ini.

"Baru je tengok orang buat. Alhamdulillah jumpa ustaz nasihat dekat sini... jadi terhindar. Terima kasih ustaz.

"Kembali kepada basic... kalau rindu, sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak kepada arwah," demikian antara komen-komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain