suria

Elok je pakai setiap hari! Isu baju kurung panas di media sosial, pereka Belanda akhirnya mohon maaf - “Saya sentiasa anggap Malaysia seperti rumah sendiri”

Isu baju kurung 'panas' di media sosial selepas kenyataan pereka itu menerusi sebuah artikel menjadi tular.

SELAIN berperang dengan wabak Covid-19 yang semakin memuncak, netizen di negara ini turut 'berperang' dengan isu baju kurung sejak dua hari lalu.

Ia gara-gara kenyataan seorang pereka Belanda yang berpangkalan di negara ini, Lisette Scheers yang diterbitkan menerusi South China Morning Post (SCMP).

Menurut pengasas jenama Nala Design itu, dia mahu baju kurung kembali digayakan semula di negara ini dan melihat orang Melayu kembali berpakaian cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman bertukar Aimi gara-gara retweet melebihi sasaran, remaja lelaki ayu berbaju kurung di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Selesa berbaju kurung, makan pun guna tangan... gadis Cina ketepi isu artis Melayu pakai sari

Tambahnya, dia kini sedang 'berjuang' untuk memastikan khazanah itu tidak hilang ditelan zaman.

Di laman Twitter misalnya, ramai rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan agama sepakat menyatakan rasa tidak setuju atas kenyataan berkenaan yang disifatkan menyimpang dan tidak tepat sama sekali.

Permohonan maaf yang dimuat naik turut dibanjiri komen termasuklah daripada selebriti tempatan.

Kata netizen, pakaian kebangsaan itu masih lagi digayakan seperti biasa oleh penduduk negara ini.

Malah, ramai yang sering menggayakannya untuk keluar bekerja saban hari, sekali gus menolak kenyataan wanita itu kononnya baju kurung semakin dilupakan.

Saya sentiasa anggap Malaysia seperti rumah sendiri dan saya sayang negara ini.

Lisette Scheers

Teruk 'ditembak' netizen di media sosial, pereka itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf menerusi Instagram pada Sabtu.

"Saya mahu memohon maaf atas salah faham dan memberikan impresi yang salah.

"Saya sentiasa anggap Malaysia seperti rumah sendiri dan saya sayang negara ini.

Artikel tular yang menjadi perdebatan ramai. (Foto: Thomas Bird)

"Malaysia pada saya, merupakan sumber inspirasi, masyarakatnya membuatkan negara ini lebih istimewa dan saya sedang belajar setiap hari," ujarnya.

Dalam posting itu, dia turut berkongsi sekeping foto dengan kata-kata 'maafkan saya' sehingga dihujani pelbagai komen netizen.

Menerusi posting permohonan maaf itu, selebriti Malaysia seperti Catriona Ross, Hunny Madu, Jeslina Hashim serta Cef Adu Rahman turut meninggalkan komen mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain