suria

Berderet mitos didedah, Dr Amalina layan... dari rambut, rahim sampai hal tanam buku bersama uri kalau nak anak bijak - “Minum air bandung, nanti parut jadi pink”

Dr Amalina menjawab soalan-soalan mengenai mitos yang dikongsi netizen di Twitter.

DALAM kehidupan sejak dulu hingga kini, banyak mitos yang wujud sehingga turut dijadikan amalan orang kita.

Dengan kajian saintifik dan perubahan masa, kebanyakan mitos lama mula dilupakan dan dianggap tidak relevan.

Namun, ada juga yang masih mengamalkan mitos lama pada hari ini, sebagaimana diwarisi oleh ibu bapa dan nenek moyang mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berlalu... Dr Amalina imbas momen penuh emosi sebelum dan selepas Ainul dibedah – “Terima kasih semua, anda adalah hero sebenar”

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terpedaya! Dr Amalina bengang, 'Miera’ guna namanya lariskan produk suplemen - “Ikut nasihat doktor kalau sakit diabetes”

Terbaharu, Dr Amalina Che Bakri turut meminta pengikut Instagram miliknya berkongsi segala mitos diketahui mereka.

"Apakah mitos perubatan paling mengarut pernah anda dengar?" soalnya pada ruangan soal jawab (Q&A) menerusi Instagram Stories.

Ramai netizen turut terhibur membaca mitos-mitos yang dikongsi menerusi Instagram Dr Amalina.

Selain Instagram, jawapan-japawan yang diberikan netizen turut dikongsi semula oleh netizen di Twitter sehingga menjadi tular.

Dalam pada itu, Dr Amalina turut menjawab beberapa persoalan mengenai mitos yang dibangkitkan netizen.

Kalau tak basuh rambut sepanjang period, kesian orang sekeliling anda.

DR AMALINA CHE BAKRI

Antara yang mencuri tumpuan, mitos dikongsi seorang individu yang mendakwa uri bayi harus ditanam bersama pen dan buku agar anak menjadi pandai.

"Nasib mama saya tak buat. Kalau tak, saya dah dapat 50A SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," jawab Dr Amalina secara berseloroh.

Selain itu, seorang wanita turut bertanya jika benar dakwaan ibunya mengenai pembentukan darah beku sekiranya seseorang mencuci rambut sewaktu datang haid.

Jelas Dr Amalina, ia salah sama sekali memandangkan rambut dan rahim berada pada anggota tubuh yang berbeza.

Antara mitos yang dijawab oleh Dr Amalina.

"Rambut di kepala, rahim di abdomen. Tak ada kena mengena. Ini adalah mitos.

"Kalau tak basuh rambut sepanjang period, kesian orang sekeliling anda. Tak mahu mereka duduk dekat dengan anda," kata Dr Amalina.

Antara mitos lain yang dikongsi netizen kepada Dr Amalina termasuklah pembentukan parut hitam sekiranya makan kicap sewaktu luka.

"Ini satu lagi. Saya tak faham macam mana timbul mitos ini ya. Nanti minum air bandung banyak-banyak, nanti parut jadi pink," ujarnya.

Dalam pada itu, ramai netizen mengakui terhibur dengan mitos-mitos yang dikongsi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain