suria

Kerja nelayan, lelaki tak ada ilmu ‘basic’ bertukang ini ambil masa 4 tahun sendirian bina rumah... isteri pun tak yakin - “Bila siap anak dah tiga”

Ali menghabiskan empat tahun untuk membina sendiri kediaman keluarganya.

SELAMA 10 tahun berkhidmat dalam bidang automotif, siapa sangka bapa kepada tiga cahaya mata ini mampu membina rumahnya sendiri?

Dengan tulang empat keratnya, Mat Ali Samah, 36, mengambil masa empat tahun untuk menyiapkan kediaman berkenaan yang terletak di Pantai Remis, Perak.

Kisah bekas pekerja Perodua itu menjadi tular setelah dia berkongsi mengenainya menerusi Facebook Tukang Apa Hari Ini (Tahi).

ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah mak ayah buruk tak boleh nak baiki?” - Pemuda ‘panas’ lihat kepulangan anak perantau ke kampung naik kereta mewah jadi tanda tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik sewa cuma ada katil dan almari, ejen hartanah ini belanja RM300 sahaja hias kamar dekorasi mewah

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Ali mengakui tidak mudah untuk merealisasikan impian itu memandangkan dirinya langsung tidak mempunyai asas dalam bidang pertukangan mahupun pembinaan.

"Dulu 10 tahun saya kerja kilang di Rawang, Selangor dan pulang ke kampung pada tahun 2012. Masa tu balik sebab mak mentua diserang strok.

"Saya bekerja sebagai nelayan selepas balik kampung. Jadi saya terfikir untuk buat rumah sendiri. Empat tahun lebih saya buat seorang diri, November tahun 2019 baru siap," ujarnya.

Ali sebelum ini bekerja di kilang Perodua, Rawang, Selangor.

Menurut Ali, isterinya, Raimi Fatin, 30, juga kurang yakin sewaktu pertama kali dia meluahkan hasrat untuk membina rumah sendiri.

Namun katanya, dia nekad untuk menyiapkan rumah berkenaan biarpun terpaksa melalui cabaran dalam tempoh panjang.

"Masa mula-mula, isteri tanya... boleh buat ke? Sebab ikat batu bata pun tak pernah. Tapi saya rasa boleh, tengok orang buat macam senang je.

Anak seorang masa mula-mula buat rumah, bila dah siap anak dah tiga.

MAT ALI SAMAH

"Apabila cuti dan tidak pergi ke laut, saya buat rumah. Kadang-kadang buat waktu malam. Cuma waktu pasang tiang saya minta tolong orang. Selebihnya buat sendiri.

"Ada juga yang saya tak tahu, saya rujuk pada tukang rumah. Memang dulu rasa nak berhenti, tak boleh teruskan.

"Tapi saya buat perlahan-lahan, akhirnya siap juga pada tahun lepas," ujarnya lagi.

Ali mempunyai seorang anak sewaktu kediaman itu dibina empat tahun lalu.

Jelas Ali lagi, dia hanya mempunyai seorang cahaya mata sewaktu rumah itu mula-mula didirikan.

Namun, bilangannya bertambah kepada tiga anak sewaktu kediaman itu siap pada tahun lalu.

"Anak seorang masa mula-mula buat rumah, bila dah siap anak dah tiga. Yang sulung umur enam tahun, diikuti empat tahun dan setahun.

Ali mengakui bukan mudah untuk dia membina kediaman itu sendirian.

"Rumah tu ada tiga bilik. Kos tak tahu sebab beli sikit-sikit semua barang. Mungkin anggaran RM30,000," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ali mengakui tidak sangka posting di Facebook menjadi tular.

Malah, ramai yang memberikan komen pujian dan menyifatkan kejayaannya itu sebagai satu inspirasi.

Sehingga kini, posting itu menerima hampir 5,000 tanda suka (likes).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain