suria

Ramai nak kenal pemuda ini selepas jadi hero, tangkap lipas terbang selamatkan rakan lain - “Sebab dia good looking kot”

Video 'operasi menangkap lipas' yang dimuat naik oleh Ahmad Zakilfuad (tengah) menjadi tular di Twitter malah ramai yang ingin berkenalan dengan pemuda yang menangkap serangga berkenaan.

SEBUT sahaja lipas, rata-rata antara kita pasti tidak dapat menahan rasa geli geleman terutama bagi yang anti terhadap serangga berkaki enam itu.

Itu belum lagi jika terlihat kelibat serangga berkenaan berjalan atau terbang berkeliaran di depan mata, mahu lari lintang pukang dibuatnya.

Usah kata perempuan, golongan kaum Adam juga tidak terkecuali berasa 'gerun' apabila terserempak dengan serangga ini.ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan bengang waiter hanya gelak selepas hidang ‘telur dadar lipas’, anak owner bagi diskaun RM10 - “Tolong jaga kebersihan, jaga adab”

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak kelibat lipas, gadis ini hanya mampu fikir ubat gegat - “Sebenarnya dia tahu lipas boleh terbang”

Namun lain pula dengan seorang pemuda ini apabila dia dengan selambanya menangkap lipas tanpa ada sedikit pun perasaan geli atau gerun.

Menerusi video berdurasi 33 saat yang dimuatnaik oleh seorang pelayar Twitter, kelihatan pemuda berkenaan menangkap lipas menggunakan tangannya tanpa 'bantuan' alatan lain ketika haiwan berkenaan hinggap di langsir pintu sliding.

Malah dia juga 'mengutip' haiwan berkenaan yang terjatuh di kaki sebelum mencampakkanya ke luar.



Video yang dimuatnaik oleh Zakilfuad menjadi tular di Twitter.

"Selalu tengok video budak lelaki menjerit sebab lipas dalam hostel tapi ini lain.." demikian kapsyen video berkenaan.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 13,000 retweet dan 15,100 likes.

Berkongsi cerita dengan mStar, pelayar yang memuat naik video berkenaan, Ahmad Zakilfuad yang juga rakan kepada 'penangkap lipas' tersebut berkata, video berkenaan dimuatnaik untuk tujuan hiburan semata-mata.

"Insiden itu berlaku dekat studio kami bertiga. Entah macam mana, tiba-tiba ternampak seekor lipas hinggap dekat langsir pintu sliding. Saya dan seorang rakan, Faris memang geli dengan lipas.



Zakilfuad (tengah) sudah sembilan tahun bersahabat dengan Shafif (kanan) dan Faris (kiri).

"Jadi Shafif la yang volunteer pergi tangkap. Saya muat naik dekat Instagram Story mula-mula, kemudian baru muat naik dekat Twitter. Tak terfikir pun nak viral, tapi mungkin sebab Shafif good looking kot," ujarnya.

Pemuda berusia 24 tahun ini berkata, sejak video tersebut viral, dia mendapat mesej menerusi Direct Message (DM) daripada netizen yang mahu berkenalan dengan rakannya itu.

Ingat nak tunjuk benda lain, lain pula yang menarik minat netizen. Memang selalulah jadi usikan kawan-kawan lain.

AHMAD ZAKILFUAD

RAKAN

"Shafif tak ada Twitter, jadi netizen hantar mesej menerusi akaun saya. Kemudian saya sajalah promote Instagram dia dekat Twitter saya. Dia tak suruh pun. Tak sangka, ramai yang hantar request nak follow dia.

"Katanya, sebelum ni ada sekitar 50 saja yang hantar request, tapi kemudian naik mendadak sehingga 800 lebih. Ingat nak tunjuk benda lain, lain pula yang menarik minat netizen. Memang selalulah jadi usikan kawan-kawan lain," katanya.

Bercerita lebih lanjut, Zakilfuad berkata mereka bertiga sememangnya sudah bersahabat lama sejak di bangku sekolah menengah, dan kini bersama-sama menubuhkan syarikat produksi kecil.



Tiga sahabat ini membuka syarikat produksi kecil dan mengendalikan saluran YouTube Faris.K Reviews.

"Dah hampir sembilan tahun bersahabat, daripada sekolah sehingga bekerja. Kini kami bersama-sama menubuhkan sebuah saluran YouTube, Faris.K Reviews.

"Dalam syarikat produksi kecil ini, saya sebagai editor dan jaga content, Shafif pula sebagai pereka grafik dan jaga media sosial manakala Faris pula adalah founder dan pemilik saluran YouTube ini.

"Bila video ni viral, boleh dikatakan secara tak langsung membantu juga dari segi marketing walaupun memang tak jangka apa-apa pun daripada posting tu,"ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lipas, geli, tangkap, berani, terbang, serangga, handal

Artikel Lain