suria

Terlopong tengok perubahan Cik B, slow-slow dah boleh panggil Cik Beautiful - “Yang kecam tu... hambek!”

Ramai netizen memuji penampilan Cik B selepas dia berkongsi video di laman sosial miliknya.

MEMILIKI gaya cukup bersahaja, Cik B yang sebelum ini hanya dikenali sebagai anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berjaya mengumpul peminatnya yang tersendiri.

Bukti populariti yang dikecapinya, pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin itu turut menjadi trending di laman Twitter sewaktu ulang tahun kelahirannya yang ke-15 pada 19 Mei lalu.

Tolak ke tepi hal itu, nama Cik B kembali menjadi sebutan pada Sabtu gara-gara perkongsian terbaharu menerusi laman sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Cik B trending di Twitter selepas ‘survey’ menunjukkan ramai tak ingat hari lahirnya, Tengku Jihan pun bagi ucapan

ARTIKEL BERKAITAN: “Betul ke mama dapat menantu?” - Ini sebab mengapa Vida setuju sangat kalau Cik B ada 'boyfriend'

Menerusi video Instagram yang turut dikongsi di Twitter, ramai netizen memuji penampilan terkini remaja itu yang kelihatan cantik dan lebih feminin.

Dalam rakaman singkat itu, Cik B turut ditemani seorang pelakon baharu iaitu Shasha Abedul.

Selain rambutnya yang kelihatan lurus dan didandan rapi, solekan ringkas yang dikenakan turut menaikkan seri wajah Cik B.

Paparan skrin rakaman tular berkenaan.

Dia juga kelihatan sedikit berbeza apabila kini mengenakan pendakap gigi.

Rata-rata komen netizen memuji penampilan itu dan menyifatkan Cik B kini semakin matang.

Malah, ia sedikit berbeza dengan gaya Cik B sebelum ini sebagaimana yang sering dikongsi menerusi video-video oleh ibunya.

Anak mama ke ni? Tunggu yang kecam Cik B tu. Hambek

DATUK SERI VIDA

"Cantiknya Cik B. Serius cantik. Sumpah tak tipu.

"Cantik Cik B buat mekap macam tu. Ke filter? Apa pun, soft glam with pinkish colour suits you well.

"Kenapa Cik B lawa sangat ni? Blushing aku tengok.

Cik B bersama ibunya, Datuk Seri Vida.

"Tahniah Cik B berjaya. Keep it up. Stay healthy.

"Slow-slow dah boleh panggil Cik Beautiful kot, ' tulis beberapa netizen.

Selain itu, Vida sendiri turut meninggalkan komen menerusi posting tersebut.

Cik B berkongsi video berkenaan menerusi laman Instagram dan Twitter pada Sabtu.

"Anak mama ke ni? Tunggu yang kecam Cik B tu. Hambek," tulis Vida di ruangan komen Instagram.

Sehingga kini, video di Instagram itu menerima lebih 240,000 tontonan.

Video sama yang dikongsi di Twitter pula meraih hampir 260,000 tontonan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain