suria

Suara abang bomba bikin hati ramai gadis cair, jangan tak tahu jejaka ini pernah keluarkan mayat tertimbus - “Kami bukan sekadar padamkan api”

Video nyanyian anggota bomba ini mencuri tumpuan selepas ia dimuat naik di laman sosial.

MEMILIKI wajah yang sedap mata memandang serta berkebolehan menyanyi, seorang anggota bomba mencuri tumpuan ramai terutama para gadis kerana dikatakan memiliki pakej lengkap.

Anggota bomba bernama Muhammad Shafiq Mohamad ini meraih perhatian selepas videonya menyanyikan lagu sebuah band (cover) yang dimuat naik di media sosial menjadi tular.

Sehingga kini, videonya berjaya meraih tontonan melebihi 46,000 di Instagram selain dibanjiri ratusan komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat abang bomba! Hanya seru ‘mai mai’ kucing terbiar lari pecut terkam pagar rumah – “Saya buka peti ais pun depa dah cam”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada kucing dalam kereta, minta semua bersedia” - Siap bunyi siren, 8 'hero Avengers' lengkap uniform bomba settle masalah tak sampai seminit!

"Dah la handsome, pandai nyanyi.. indahnya ciptaan Tuhan," komen seorang netizen.

"Cair saya dengar wahai abang bomba," komen seorang netizen lain.

"Cover la lagi banyak lagu," komen netizen lain pula.



Video nyanyian lagu Pendam dendangan asal Azzaraband yang mencuri tumpuan ramai.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, dia yang senang disapa sebagai Shafiq berkata video nyanyian lagu berjudul pendam dendangan asal Azzaraband itu dirakam secara spontan ketika berehat bersama rakan setugas.

"Seorang abang senior ni pun minat muzik juga, jadi masa tengah santai-santai, dia minta rakam.

"Tak sangka pula bila muat naik, jadi viral. Sebelum ini ada juga saya muat naik video menyanyi tapi ini video pertama yang viral," katanya.

Anak ketiga daripada empat beradik ini berkata dia sememangnya meminati bidang muzik untuk mengisi masa lapang dan merehatkan minda selepas seharian bertugas.



Shafiq sememangnya menyimpan hasrat mahu bergelar seorang anggota bomba sejak kecil.

"Saya sememangnya menyukai bidang muzik sejak sekolah menengah. Malah masa sekolah dulu pun, selalu juga buat persembahan. Sekarang ni dekat rumah ada alat muzik seperti gitar dan keyboard," ujarnya yang meminati band negara seberang, Noah.

Tidak menyangka malah terharu apabila mendapat reaksi positif daripada netizen, pemuda berusia 22 tahun ini berkata dia berharap perkongsian di media sosial dalam masa yang sama dapat mendedahkan mengenai kerjaya, selain memupuk minat dalam kalangan generasi muda yang mahu bergelar anggota bomba.

Memang tak boleh lupa bila saya keluarkan mayat yang terputus tangan. Kemudian kutip pula tangannya. Itulah pengalaman paling ngeri.

MUHAMMAD SYAFIQ MOHAMAD

ANGGOTA BOMBA

"Skop tugas anggota bomba ni luas. Kami bukan sekadar memadamkan api semata-mata. Dan bagi mereka yang berminat nak sertai pasukan bomba kena kuat fizikal mental dan jiwa yang kental," ujarnya yang berasal dari Gurun, Kedah.

Bercerita serba sedikit mengenai kerjayanya, Shafiq berkata menjadi anggota bomba merupakan minatnya sejak di bangku sekolah lagi, malah dia menyertai kadet bomba ketika di peringkat menengah.



Shafiq kini ditempatkan dalam pasukan STORM dan hampir tiga tahun bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Pulau Pinang

Sudah hampir tiga tahun bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Pulau Pinang, Shafiq kini ditempatkan dalam pasukan Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM).

Berkongsi pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang perkhidmatannya, katanya, ditugaskan ke tapak runtuhan tanah di Batu Feringghi akan tersimpan kemas dalam ingatan.



Pemuda berusia 22 tahun ini berharap perkongsiannya di laman sosial dapat memberi mesej positif kepada masyarakat.

"Dalam insiden yang mengorbankan empat nyawa buruh asing tu, saya dan pasukan dihantar ke lokasi untuk mengeluarkan mayat.

"Memang tak boleh lupa bila saya keluarkan mayat yang terputus tangan. Kemudian kutip pula tangannya. Itulah pengalaman paling ngeri. Dalam pasukan bomba, nyawa orang awam paling utama," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bomba, menyanyi, mayat, cair

Artikel Lain