Jangan main-main dengan netizen! Wanita pasrah tunjuk ‘kening pelik’ di pagi Syawal – “Dalam rumah saja tak syok, awak keluar jalan-jalan”

Seorang wanita (kanan) membuat lukisan kening yang pelik pada wajahnya seperti gambar contoh (kiri) selepas mencapai sasaran 5,000 komen pada postingnya. Foto Facebook Puttri'Nadear Yaya'beauty

MENJELANG 1 Syawal, masing-masing teruja untuk menyambut hari lebaran dengan membuat persiapan termasuk dari segi penampilan diri.

Begitu juga dengan seorang wanita yang mahu kelihatan lain daripada lain apabila berhasrat membuat lukisan kening pelik.

Namun, dia terlebih dahulu mencabar netizen dengan memberikan sebanyak 5,000 komen untuk dia berbuat demikian pada Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah terlajak cabar netizen di FB, akhirnya anak jati Kempas gayakan rambut 1 juta komen secara live! - "Mungkin sebelum ni orang lain janji tapi tak buat kot"

"Kalau sampai komen 5,000, saya akan lukis kening begini raya esok... confirm tak sampai (sasaran)," tulisnya dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook dengan nama Puttri'Nadear Yaya'beauty pada Sabtu.

Posting tersebut dimuatnaik dengan sekeping gambar seorang wanita yang tidak dikenali dengan lukisan kening yang pelik berbentuk melengkung, manakala kening sebenar tidak kelihatan seperti telah dicukur.



Cabaran melukis kening pada hari pertama Aidilfitri.

Bagaimanapun, setakat malam terakhir Ramadan, jumlah komen yang diterimanya cukup luar biasa, iaitu berkali ganda daripada sasaran dengan lebih 64,000 komen!

Susulan itu, wanita berkenaan membuat pengumuman akan menunjukkannya membuat lukisan kening menerusi video penstriman secara langsung (FB Live) yang dijadualkan pada pukul 10 pagi.

Menurutnya, lukisan kening tersebut akan dibuat selepas membuat solekan pada wajahnya.

Bagaimanapun, menerusi satu status di Facebook, dia terpaksa menundakan rakaman secara langsung itu antara pukul 10.30 pagi dan 11 pagi berikutan kedai menjual kelengkapan untuk melukis kening itu hanya dibuka seawal pukul 10 pagi.



Wajahnya tanpa lukisan kening yang pelik.

Seperti yang dijanjikan, dia memuat naik gambar wajahnya dengan lukisan kening yang aneh itu, selain memaparkan perbandingan foto inspirasi lukisan kening tersebut.

Susulan itu juga, dia membuat FB live selama kira-kira lima minit. Wanita berkenaan yang bercakap dalam loghat Kelantan sekali lagi menjelaskan kelewatannya disebabkan terpaksa menunggu sehingga kedai dibuka, namun telah mengotakan janjinya.

Tanpa mencukur keningnya, dia hanya menutupi kedua-dua keningnya dengan bedak dan membuat lukisan seperti bentuk melengkung pada dua 'kening' yang baharu.

Kalau sampai komen 5,000, saya akan lukis kening begini raya esok... confirm tak sampai (sasaran)

PENGGUNA FACEBOOK

Rata-rata netizen memberi respons positif kerana wanita tersebut menunaikan janjinya, dan turut menerima kritikan berhubung cabaran itu.

"Mesti awal-awal tak buat mesti sebab malu kan. Pagi-pagi nak beraya, nak jumpa orang. Sebab tu lambat-lambatkan. Netizen ni tuntut janji..." komen seorang netizen.

"Kening design raya ke tu?" soal seorang netizen secara berseloroh.



Pengumuman untuk membuat FB Live bagi menunjukkan lukisan kening selepas mekap pada pagi 1 Syawal.

Malah, ada yang menyarankannya untuk keluar rumah dengan keadaan solekan yang unik itu.

"Buat kening macam tu pergilah jalan raya. Setakat duduk rumah je buat apa," soal netizen yang lain.

"Awak mekap macam tu dalam rumah saja tak syok. Apa kata awak keluar pergi jalan-jalan dengan kening macam tu," seorang lagi menyuarakan pandangan yang sama.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
kening, cabaran, mekap, komen,

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain