LCW imbau open house Aidilfitri, main mercun ketika kanak-kanak... ada sesuatu berlaku dengan pemain Indonesia – “Kita restart kosong-kosong pak”

Datuk Lee Chong Wei dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja diraikan oleh umat Islam, bahkan bangsa lain turut sama tidak ketinggalan meraikannya.

Begitu juga dengan perayaan-perayaan kebesaran bagi agama lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya, ia turut diraikan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini.

Itulah uniknya Malaysia!

Namun, Aidilfitri pada tahun ini agak berbeza apabila ia diraikan dengan kebiasaan baharu, gara-gara pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah bayangkan patung lilin sendiri!” - Wow... Chong Wei atlet pertama negara diabadikan di Madame Tussauds Hong Kong

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata seorang jaguh! Chong Wei sebak umum persaraan... “Kesihatan saya lebih penting”

Sedikit sebanyak, suasana yang tidak semeriah berbanding tahun-tahun lalu membuatkan ramai yang mengimbau kenangan Syawal menerusi media sosial masing-masing, tidak terkecuali buat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau mengimbas kembali kemeriahan Syawal ketika zaman kanak-kanak yang penuh dengan nostalgia bersama keluarga dan rakan-rakan berbangsa Melayu.



Posting Lee Chong Wei di Facebook.

"Masih ingat zaman kecil-kecil, ketika raya, mak bapa akan bawa pergi open house saudara beragama Islam dan rumah jiran-jiran Melayu. First house tu tak kisah rumah siapa, confirm ada rendang ayam, serunding, sambal sotong dan ketupat. Bestnya.

"Ada lagi kuih batik! Aduhai, keluar air liur terfikir... Kemudian petang-petang, ikut jiran Melayu main mercun.

"Saya ingat mercun Cina power, perghhh melompat saya tengok meriam mercun dia. Dia kata meriam dia mesti kena power sebab nak jaga maruah kampung kita! Memang seronok," tulisnya.

First house tu tak kisah rumah siapa, confirm ada rendang ayam, serunding, sambal sotong dan ketupat. Bestnya. Ada lagi kuih batik! Aduhai, keluar air liur terfikir.

DATUK LEE CHONG WEI

JAGUH BADMINTON NEGARA

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut mengimbas kenangan di mana Aidilfitri turut mengeratkan kembali hubungannya bersama seorang pemain badminton negara seberang selepas kedua-duanya berselisih faham berbelas tahun lalu.

"Saya ingat masa saya belasan tahun, ada selisih faham dengan seorang pemain Indonesia. Tak pasti siapa betul dan siapa salah, tapi jumpa saja di gelanggang, pandang panas saja, memang tak puas hati.



Datuk Lee Chong Wei, isteri Datin Wong Mew Choo dan dua anak lelaki mereka.

"Tiba time raya, teammate nasihat saya hantar mesej raya kepada dia. Saya pun mesej, 'Selamat Hari Raya. Macam sukan badminton, kita restart kosong-kosong pak. Maaf zahir dan batin'. Dari saat itu sampailah sekarang, kami masih berkawan baik," tulisnya lagi.

Memahami kesedihan ramai yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang, Chong Wei turut menitipkan kata-kata semangat dan meminta semua bersabar dalam menempuhi ujian.



Bekas pemain badminton nombor satu dunia ini mengumumkan persaraannya pada Jun 2019. Foto: AFP

"Saya hanya boleh menasihatkan semua agar bersabar. Kesabaran tahun ini bakal dibalas dengan kenikmatan perayaan hari raya tahun-tahun kelak untuk anak-cucu kita, sepertimana kamu menikmati suasana raya time dulu-dulu.

"Saya, Mew Choo dan dua anak lelaki ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumpul sepuluh jari, meminta ampun serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Seperti sukan badminton, kita restart ya... Kosong-kosong," tulisnya.

Perkongsian itu sehingga kini meraih 1,800 shares selain turut dibanjiri ribuan komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain