suria

Lupakan jus percuma! Rider tak terasa hati, harapan nak merasa pelanggan belanja tak kesampaian - “Patutlah awal-awal lagi dah rasa pelik”

Afiq pada awalnya teruja menerima mesej pemberian jus daripada seorang pelanggan wanita.

RIDER penghantaran makanan juga antara frontliner yang komited memastikan kita semua memperoleh makanan dengan mudah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Disebabkan tugas mereka yang berisiko dan terdedah kepada jangkitan Covid-19, terdapat pelanggan yang membuat tempahan makanan untuk diberikan kepada golongan tersebut bagi menghargai usaha mereka.

Begitu juga dengan Afiq Adeeb, seorang rider GrabFood yang teruja apabila menerima mesej daripada seorang pelanggan wanita yang memberitahu 'saya belanja awak minum'.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup singgah di bus stop makan kek disedekah peniaga, apa ditemui dalam sampul cukup mengejutkan - "Kesian dah 45 minit dia tunggu”

ARTIKEL BERKAITAN: Rider tergamam berdepan ‘kebaikan manusia’, lebih touching kejutan dibuat pelanggan Cina... satu keluarga dapat makan free!

"Selalu kita dengar ramai rider share pengalaman mereka terima makanan daripada pelanggan. Jadi bila saya dapat mesej tu saya rasa excited.

"Kiranya kali ini tiba giliran saya pula merasa momen manis tu. Tapi saya pelik kenapa orang tu bagi awal sangat. Masa tu baru pukul 3.30 petang," katanya kepada mStar.

Tidak mahu berfikir panjang, pemuda berusia 24 tahun itu terus menghantar mesej ucapan terima kasih kepada wanita yang dikenali sebagai Carol Wong.



Afiq bekerja sebagai rider Grab secara sambilan sejak tiga tahun lalu.

Namun tidak lama kemudian, Afiq berkata dia menerima mesej mengejutkan daripada wanita itu selepas dia mengucapkan terima kasih atas pemberiannya tersebut.

"Saya pun terus mesej dia cakap terima kasih, May Good Bless U, kiranya terharu dengan pemberian dia... tapi lain pula jadinya.

"Dia minta maaf sebab nota tu sebenarnya ditujukan kepada rider terdahulu. Dia pun tak tahu kenapa mesej tu ada lagi pada tempahan kali ini," katanya.

Dalam tweet tu ada juga yang kecam. Tapi saya minta orang ramai supaya jangan rasis. Saya yakin Carol seorang yang baik hati sebab dia sanggup belanja rider sebelum ini.

AFIQ ADEEB

Rider GrabFood

Bagaimanapun anak kedua daripada empat beradik ini tidak sedikit pun terasa hati dengan perkara tersebut.

"Saya OK je. Nak tergelak pun ada sebab macam kelakar. Mungkin sistem GrabFood 'glitch' (terganggu) pada hari tersebut.

"Patutlah awal-awal lagi saya dah rasa macam pelik. Takkanlah dia nak order empat cawan jus berharga RM60 untuk saya seorang, tambah pula waktu tu baru pukul 3.30 petang.

"Sebaik dapat mesej tu saya pun hantar jus tersebut di kondo tempat dia tinggal. Malangnya saya tak dapat berjumpa dengannya sebab saya dah tunggu lama. Jadi saya tinggalkan jus tersebut dekat security guard," katanya.



Mesej minta maaf daripada wanita itu selepas berlaku kesilapan pada tempahannya.

Perkongsian pemuda dari Ampang itu di Twitter mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen sehingga ada yang mengecam tindakan wanita berkenaan.

"B****. Kesiannya. Nanti aku belanja kau makan," kata Azfa.

"Fake hope yang ini lagi kesian wei. Moga kamu dimurahkan rezeki ya. Selamat bekerja," kata Wan.

Afiq bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak mengecam wanita tersebut kerana dia sekadar mahu berkongsi momen kelakar itu.

"Dalam tweet tu ada juga yang kecam. Tapi saya minta orang ramai supaya jangan rasis. Saya yakin Carol seorang yang baik hati sebab dia sanggup belanja rider sebelum ini.

"Saya kongsi tweet tu pun sebab rasa kelakar. Konon-konon feeling dihargai, rupa-rupanya tersalah mesej sebab sistem glitch. Apa pun terima kasih kepada Carol sebab offer saya extra tip," katanya.



Afiq menerima mesej daripada Grab Malaysia selepas kejadian tersebut.

Susulan insiden itu, Afiq berkata dia turut menerima token daripada Grab Malaysia.

"Esoknya Grab hantar makanan berbuka untuk saya. Mereka DM saya. Tapi saya minta mereka hantar makanan tu dekat mak saya untuk dia berbuka," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
GrabFood, sistem, gangguan, mesej, rider, belanja

Artikel Lain