suria

‘Pemohon meninggal dunia’ sedih permohonan BPN ditolak, tapi orang lain terhibur - “Sudahlah kau tak bagi, kau sumpah lagi saya”

Perkongsian lelaki itu di Facebook ternyata mencuri perhatian ramai.

BANTUAN Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari ternyata memberi kelegaan kepada rakyat negara ini.

Ada yang sudah menerima bantuan wang ringgit itu, ada pula yang masih dalam proses dan ditolak permohonan mereka.

Terbaharu, perkongsian seorang jejaka dikenali sebagai Mohd Syafiq Ismail di Facebook mengenai penolakan permohonannya menerusi semakan status BPN baru-baru ini ternyata mencuit hati netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: 2.3 juta permohonan baharu, rayuan BPN berjumlah RM1.7 bilion diluluskan

ARTIKEL BERKAITAN: Wang dah masuk bank... teringat ‘lauk ikan kering’ terus bapa 4 anak ini cepat-cepat pulangkan duit BPN

"Sudahlah kau tidak bagi. Kau sumpah lagi saya," tulisnya sehingga menerima lebih 13,000 tanda suka.

Dalam posting itu, dia berkongsi paparan skrin status permohonan tersebut yang menunjukkan dia tidak layak menerima BPN atas alasan 'pemohon meninggal dunia'.

Posting itu juga sehingga kini dihujani lebih 800 komen netizen yang rata-ratanya bersimpati, tak kurang juga yang mengakui cukup terhibur.

Paparan skrin yang dikongsi Mohd Syafiq.

Selain itu, pelayar Facebook turut meminta agar dia bersabar dan membuat rayuan permohonan jika ada rezeki untuk menerima bantuan tersebut.

"Kesian weh orang tu hidup lagi dia cakap meninggal dunia.

"Ni nak kesian ke nak gelak ni? Apa-apa pun kesian.

Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, InsyaAllah boleh diluluskan.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

PERDANA MENTERI

"Sedih aku tak layak, tapi dia lagi sedih," tulis beberapa netizen.

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin menerusi perutusan pada Ahad turut mengulas isu BPN.

Ujarnya, dia peka rungutan orang ramai yang masih belum menerima dan gagal dalam permohonan BPN.

Perdana Menteri turut mengulas isu BN menerusi perutusan pada Ahad.

Kata Muhyiddin, banyak sebab yang menjadi punca permohonan seseorang individu ditolak dan beliau turut mengumumkan tempoh rayuan bantuan itu dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.

"Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020.

"Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, InsyaAllah boleh diluluskan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain