suria

Pensyarah akui emosi lain macam ketika PKP, terpaksa pasang ‘perisai’ di dapur - “Jangan sampai umi terbalikkan pintu peti ais menghadap dinding”

Tanda amaran 'PKP Peti Ais' susulan insiden botol sirap tumpah dan pintu peti sejuk tidak ditutup rapat. Foto Facebook Syikin Zahir

KEBANYAKAN masa rakyat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dihabiskan dengan duduk di rumah.

Oleh kerana masa yang banyak terluang di rumah, seorang ibu tidak terkecuali turut melaksanakan ‘PKP’ sendiri untuk anak-anaknya.

Semuanya gara-gara insiden yang berlaku di dapur rumahnya, membabitkan sebuah peti sejuk sehingga ibu empat anak itu terpaksa melakukan langkah drastik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena tipu! Kakak teringin makan ais krim malam-malam, tapi frust buka bekas ‘nampak penuh’ – “Mungkin ini serangan balas”

ARTIKEL BERKAITAN: Abang kering tekak, adik jadi ‘mangsa’ prank... reaksi budak umur 6 tahun ini tetap ‘cool’ walau cuaca panas!

“Agaknya satu hari 18 kali seorang buka tutup peti ais, darab empat orang. Setelah sebotol sirap tumpah, setelah semua barang dalam freezer cair sebab ada individu yang tak tutup rapat pintu peti ais, umi (panggilan ibu) mereka tak boleh tahan dah.

Over limit. Kapsyen paling sesuai ‘Umi mengamuk. Dilarang buka peti ais’. Menikus semua.

“PKP ni lain macam emosi dia. Jangan sampai umi terbalikkan pintu peti ais menghadap dinding ya,” tulis seorang ibu di halaman Facebook menggunakan nama Syikin Zahir.



Ais krim bubur kacang yang dihasilkan oleh Syikin.

Turut dimuatnaik adalah foto peti ais di rumahnya yang dihadang dengan sepapan telur yang diletakkan di atas kerusi plastik, di atas kerusi kayu berserta dua botol besar minyak masak di atas lantai, yang dilihat sebagai amaran larangan kepada ‘PKP’ berkenaan.

PKP peti ais memang perlu. Akibat tak tutup pintu peti ais rapat, bab semua benda mencair tu satu hal. Nak dapat balik suhu sejuk beku tu pun ambil masa.

SYIKIN

Menerusi posting yang berasingan, Syikin yang merupakan pensyarah matrikulasi itu menjelaskan bahawa 'PKP peti ais' merupakan satu keperluan untuk dilaksanakan di rumahnya.

“PKP peti ais memang perlu. Akibat tak tutup pintu peti ais rapat, bab semua benda mencair tu satu hal. Nak dapat balik suhu sejuk beku tu pun ambil masa,” katanya.



Tempoh PKP turut dimanfaatkan oleh Syikin dengan aktiviti mengemas rumah termasuk rak kasut.

Susulan kejadian itu, peti sejuk di rumahnya mengambil masa untuk membeku dan dia berkongsi kesannya dengan berkongsi resepi ais krim bubur kacang.

“Lebihan bubur kacang cikgu buat jadi ais krim. Satu liter air kosong campur gula secukupnya dan campur setin susu cair dimasak bersama.

“Campur bubur kacang dengan bancuhan yang dimasak. Agak-agak dah sejuk sikit masukkan dalam plastik ais krim. Ambil masa lebih sehari nak bekukan dia sebab isu pintu tak rapat tulah,” katanya.

Menurut Syikin, ternyata tindakan tegas PKP peti ais yang dilaksanakannya membawa impak positif, malah proses sejuk beku peti aisnya itu kembali berfungsi seperti sediakala.

“Tahniah, ikut arahan PKP. Lega dapat makan ais krim bubur kacang,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain