Setahun peluk Islam, apa yang dialami jejaka mualaf ini tidak pernah dijangka... terharu keluarga mentua terima menantu nakal!

Perkongsian Alex mengenai kisah genap setahun dia memeluk Islam ternyata menarik perhatian ramai.

"SETAHUN tanpa alkohol. Setahun belajar bagaimana untuk solat."

Demikian kata seorang pemuda mualaf, Alexander D Santiago, genap setahun selepas dia memeluk Islam pada Ahad lalu.

Mesra disapa Alex, pemuda kelahiran Kuala Lumpur itu menyifatkan tarikh 9 Februari sebagai detik yang cukup bermakna buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangun tidur, terus ajak kekasih balik kampung sebab nak peluk Islam... selepas 4 bulan, pemuda ini kejutkan rakan pula!

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ambil makanan tak banyak...” - Siapa lelaki berjubah, berkopiah, tapi di leher ada tatu bunga ros?

Alex pada tahun lalu pernah tular setelah membuat pengumuman mengenai 'penghijrahan'nya menerusi Twitter.

Kali ini, kisah ulang tahun pertamanya sebagai seorang Muslim sekali lagi mencuri tumpuan pelayar Twitter.

Bercerita kepada mStar, dia yang mengekalkan nama asalnya mengakui tidak banyak yang berubah dalam hidupnya, malah dia masih lagi terasa seperti dirinya sebelum ini.

Posting Alex di Twitter.

"Tiada perubahan. Saya masih saya yang sama. Cuma lebih tenang lepas masuk Islam.

"Dulu bukan tak tenang, tapi mungkin sekarang sebab selalu pergi masjid, bersolat... jadi rasa lagi tenanglah," ujarnya sewaktu dihubungi.

Menurut jejaka berusia 25 tahun itu, dia juga sudah setahun meninggalkan minuman beralkohol.

Saya rasa persefahaman keluarga saya dan keluarga mentua  buat saya paling tersentuh.

ALEX D SANTIAGO

MUALAF

Bagaimanapun dia kini masih lagi berusaha untuk melengkapkan dirinya sebagai seorang Muslim dengan mempelajari kaedah solat serta menghafal surah-surah lazim.

"Surah Al-Fatihah salah satu surah yang saya cuba untuk kuasai dan cara solat.

"Setahun dah tak sentuh alkohol. Dah tak nakal... biasalah budak nakal. Sekarang dah kahwin, dah ada tanggungjawab.

Alex baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu.

"Kami masih sama dengan lebih banyak ujian dari Allah untuk menguatkan kami setiap hari," ujarnya yang baru mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos tahun lalu.

Bercerita mengenai insan di sekelilingnya, Alex bersyukur kerana keluarga serta isteri cukup memahami dirinya.

Malah kata Alex, penerimaan keluarga mentua disifatkan sebagai perkara yang paling menyentuh hati sejak dia memeluk Islam setahun yang lalu.

Antara komen yang ditinggalkan di Twitter Alex.

"Saya rasa persefahaman antara keluarga saya dan keluarga mentua buat saya paling tersentuh.

"Sebab saya seorang sahaja dalam keluarga saya yang masuk Islam. Ahli keluarga saya yang lain tak convert.

"Tapi mereka masih boleh duduk semeja, makan bersama sambil bergelak ketawa," ujar jejaka berdarah campuran Cina, Australia, Thailand dan Filipina itu.

Bersama sebahagian ahli keluarganya.

Dalam pada itu, posting Alex di Twitter turut menarik perhatian ramai sehingga menerima hampir 20,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai netizen turut menghujani posting itu dengan pelbagai komen positif buat Alex.

"Alhamdulillah saya doakan kamu istiqamah. Sentiasa dalam rahmat Allah.

"Alhamdulillah, ini yang kita kata Islam pada hati, bukan pada nama.

"Saya ingat baca kisah kamu tahun lepas," tulis beberapa netizen.

 

Artikel Berkaitan

Artikel Lain