suria

“Tak ada kena mengena...” - Main TikTok ketika terbang, langgar burung... pilot beri penjelasan

Video aplikasi TikTok Aiman yang tular di Twitter dikaitkan dengan kemalangan dengan seekor burung.

"MESTI burung tu kena langgar waktu buat TikTok ni kan".

Itulah kata-kata netizen mengenai video gelagat seorang juruterbang bermain aplikasi TikTok yang tular di Twitter. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rancak main TikTok pekerja Pos Laju kena ‘serang’ - “Saya bukan penyebab barang anda lambat sampai”

Video pendek berdurasi 13 saat itu menyaksikan seorang juruterbang pelatih berpakaian uniform lengkap sedang merakam aksinya 'mimic' menyanyikan lagu 88glam dendangan Lilboat sambil mengendalikan kapal terbang. 

Bagaimanapun, dia turut memuatnaik beberapa keping foto pemandangan dan bangunan, termasuklah gambar sayap pesawat yang mempunyai kesan darah kerana terlanggar seekor burung yang sedang terbang. 

Perkongsian video Aiman di aplikasi TikTok tular di laman Twitter.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih dari 1,200 ulang kicau dan 3,200 tanda suka. 

Berkongsi cerita dengan mStar, juruterbang pelatih berkenaan, Muhammad Aiman Johari menjelaskan situasi sebenar kemalangan melibatkan seekor burung dalam gambar yang dikongsinya. 

Kata pemuda berusia 21 tahun ini, dia telah cuba mengelak daripada melanggar sekumpulan burung di udara tetapi gagal apabila seekor burung yang terbang berhampiran dengan sayap berlanggaran dengan pesawat yang dikendalikannya.

Tambah Aiman, dia memberitahu bahawa kemalangan kecil itu bukan berpunca daripada kelalaiannya atau TikTok, kerana video di aplikasi itu dirakam lebih awal iaitu dua jam sebelum insiden itu berlaku. 

"Sebenarnya, saya perasan yang saya terlanggar seekor burung. Saiznya kecil sahaja, saya rasa macam burung layang-layang. Sangat kecil. 

Sebenarnya, saya perasan yang saya terlanggar seekor burung. Saiz dia kecil sahaja, Saya rasa macam burung layang-layang. Sangat kecil. 

MUHAMMAD AIMAN JOHARI

JURUTERBANG PELATIH

"Sejujurnya, memang saya tak ada niat atau sengaja nak langgar. Masa terbang tu, saya cuba elak dari sekumpulan burung, tapi terlanggar juga seekor yang terbang berdekatan dengan sayap aircraft. Sebab position dia betul-betul dekat dengan badan pesawat.

"Insiden ni tak ada kena mengena dengan video TikTok yang saya buat, sebab kejadian tu berlaku selepas dua jam saya habis record," katanya. 

Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik ini berkata dia membuat penjelasan ini kerana bimbang ia akan menimbulkan salah faham netizen. 

Sementara itu, Aiman berkata dia merakam aplikasi TikTok sekadar suka-suka kerana ketika itu dia keseorangan mengendalikan kapal terbang dalam jangka masa yang lama. 

Aiman juga menjelaskan bahawa tindakannya merakam video itu tidak perlu dibimbangi, kerana pesawat berada dalam ketinggian dan keadaan yang stabil serta tidak menjejaskan keselamatannya.

Aiman yang dengan keselamatannya apabila  merakam aplikasi TikTok kerana kapal terbang dalam keadaan stabil.

"Saya sorang-sorang dalam aircraft, tak tahu nak borak dengan siapa, saya pun recordlah TikTok.  

"Tak ada apa-apa tujuan pun, sekadar suka-suka sahaja. Sebab untuk pilot trainee macam saya, terbang selama lima jam dah dikira long journey. Dari Langkawi ke Ipoh dan kemudiannya ke Langkawi semula. 

"Lagipun, pesawat waktu tu dalam keadaan stabil dan selamat. Previously memang saya dah pastikan pesawat saya terbang di kawasan yang selamat dan tak menghampiri mana-mana kawasan tanah tinggi mahupun berawan tebal. Dan yang paling penting sekali tiada pesawat lain yang terbang berhampiran," ujarnya.

Sebelum ini Aiman pernah melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) namun tidak meneruskannya apabila dia ditawarkan belajar di Halim Mazmin Aerospace, Langkawi. 

Gambar kiri: Aiman (tengah) sewaktu dia masih kecil bersama Kadet Halim Mazmin Aerospace, 12 tahun lalu.

Gambar kanan: Aiman kini berusia 21 tahun.

Aiman bercita-cita menjadi seorang juruterbang dan berazam menjadi seorang manusia yang berguna pada masa hadapan. 

"Sebelum ini saya belajar kat UKM, buat asasi. Cuma tak dapat nak habiskan sebab dapat offer belajar dekat Halim Mazmin Aerospace, Langkawi. 

"Memang cita-cita saya dari kecil nak jadi pilot. Sebab tu saya study kat sana untuk pursue bidang yang saya minat dari zaman sekolah. Macam sekarang ni dah masuk tahun baharu, azam saya adalah nak jadi better version of me dan improve diri saya supaya jadi lebih baik," tambahnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
TikTok, burung, juruterbang

Artikel Lain