suria

Pakai jubah hari Jumaat, tanduk muncul dalam bayang-bayang lelaki ini - “Ada yang kata walau pakai macam orang alim, ia menunjukkan diri saya sebenar”

Bayang-bayang pada foto Kuya mencetuskan tanda-tanya.

LAIN yang nak tunjuk, lain pula yang mendapat perhatian.

Seorang pemuda tidak menyangka gambarnya dengan imej sopan berjubah putih mencetuskan kontroversi, gara-gara bayang-bayangnya dalam foto berkenaan.

“Pakai jubah tapi bayang-bayang ada tanduk,” tulis seorang netizen.

“Syaiton apakah di bayangmu itu,” komen seorang lagi netizen berikutan gambar tersebut menimbulkan tanda tanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan dah la ‘besar sebelah’ cium bau kari pula tangan kiri! Gadis ayu jawab bau tu dah sampai kaki

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara foto six pack, pemuda kaki ‘troll’ disindir tak edit imej pada cermin, “Perut saya kejang sampai terbaring dalam fitting room”

Namun, rata-rata warganet turut menyifatkan bayang-bayang seakan tanduk itu menyerupai watak dalam filem Disney, Maleficent yang mengisahkan tentang pari-pari bertanduk.

Bayang-bayang seakan tanduk jika dilihat secara dekat.

Pemuda berkenaan, Kuya Azlan Azkil berkata, foto dia berjubah putih itu dirakamkan di kawasan pejabatnya di Lahad Datu, Sabah pada pagi Jumaat lalu.

Pelajar berusia 20 tahun yang kini menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Lahad Datu ini tidak menyangka bayang-bayang pada gambar berkenaan mencetuskan perbualan ramai.

“Saya pakai jubah ke pejabat sebab hari tu Jumaat. Saya memang suka bergambar, jadi saya minta bantuan rakan untuk ambil gambar saya ketika itu kira-kira pukul 7.30 pagi.

“Saya tak perasan ada bayang-bayang seakan tanduk dalam gambar tu sehingga rakan saya beritahu bayang-bayang tu seperti Maleficent. Mungkin bayang-bayang saya terbelah dua sebab ambil gambar di bucu dinding.

“Nasib baik saya ambil gambar tu waktu pagi jadi tak fikir apa-apa. Kalau bayang-bayang tu muncul masa ambil gambar waktu malam, bukan setakat seram... telefon pun saya sanggup tukar baharu sebab ia mungkin imej makhluk halus,” katanya secara berseloroh kepada mStar.

Gambar Kuya di lokasi yang sama tetapi tidak mempunyai bayang-bayang bertanduk. Foto instagram thatmooniskuya

Kuya yang berasal dari Lahad Datu itu dihujani pelbagai mesej dan komen menyentuh mengenai dirinya dan bayang-bayang berkenaan.

“Ada yang kata walaupun saya berpakaian jubah seperti orang alim, tetapi bayang-bayang itu menunjukkan diri saya yang sebenar. Antara lain adalah ‘bayangan syaitan dalam diri itu tidak dapat disembunyikan di dalam gambar’.

“Tapi saya tak marah mereka kata begitu sebaliknya saya hanya gelak. Saya tahu yang saya bukannya alim sangat, saya bukanlah seorang yang sempurna tapi masih tahu apa itu pahala dan dosa,” ujar pelajar Diploma Ukur Bahan di Politeknik Kota Kinabalu itu.

Disebabkan jubah tu dah senteng, saya jadikannya sebagai kurta sebab ia masih boleh dipakai. Sebab tu saya pakai seluar panjang di bahagian dalam. 

KUYA

Malahan, Kuya mengaitkan kata-kata tersebut dengan senario yang berlaku dalam masyarakat kini yang mana luaran segelintir individu tidak mencerminkan keperibadian masing-masing.

“Nampak baik secara luaran, tetapi dalaman adalah sebaliknya. Begitu juga dengan kisah kontroversi beberapa pendakwah bebas yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini,” tambahnya.

Kuya menerima kritikan berhubung jubah yang singkat dan pemakaian gelang tangan.

Mengenai kritikan netizen berhubung gelang besi yang dipakainya seperti dilihat dalam gambar, anak ketujuh daripada lapan beradik itu menjelaskan ia adalah gelang diperbuat daripada perak.

“Saya tak pakai masa solat, jam tangan pun saya tanggalkan semasa solat. Apapun, saya terima teguran ramai berhubung pemakaian gelang tersebut,” katanya.

Kuya mengakui dirinya tidak sempurna dan menerima teguran berhubung pemakaian gelang tangan. Foto instagram thatmooniskuya

Dalam pada itu, Kuya turut menjelaskan mengenai jubahnya yang dikatakan singkat, sambil menambah ia dibelinya sejak lebih tiga tahun lalu.

“Jubah tu saya mula pakai masa di tingkatan lima umur 17 tahun, dan sekarang dah 20 tahun. Disebabkan jubah tu dah senteng, saya jadikannya sebagai kurta sebab ia masih boleh dipakai.

“Sebab tu saya pakai seluar panjang di bahagian dalam. Saya sebut jubah kerana ia memang jubah, takkan nak sebut pakaian lain pula. Macam-macam perangai netizen ni,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain