Permaisuri Agong nak datang? Peniaga durian gelabah lagi, takut pengsan selepas panggil Tunku Azizah ‘kak’ - “Dulu saya demam...”

Rafi mendedahkan gambar yang dikongsi Tunku Azizah di Twitternya baru saja diambil salah seorang rakan baginda pada Rabu.

"TAK sabar nak pergi Penang makan durian... kali ni saya nak bawa Tuanku Agong... biar Rafi pengsan!"

Demikian tweet Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sambil berkongsi gambar seorang peniaga durian di Pulau Pinang dikenali sebagai Rafi yang videonya tular tidak lama dulu selepas memanggil baginda dengan panggilan 'kak'.

Video itu memaparkan Tunku Azizah yang juga Tengku Puan Pahang ketika itu berkunjung ke gerai jualan milik Mohd Rafi Yakob di Gurney Drive, Georgetown kira-kira dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok makan durian pakai camca garfu” - Tunku Azizah kongsi tip makan raja buah

ARTIKEL BERKAITAN:Photoshoot sakan, lelaki ini panik Tunku Azizah ‘tegur’ fesyen tunang, siap pakai crown, “Family marah kenapa post macam tu”

Perkongsian baginda mendapat 10,000 tanda suka (like) dan rata-rata terhibur dengan tweet tersebut.

"Hari tu panggil Tuanku Permaisuri Agung 'kakak'... jumpa Tuanku Agong dia panggil 'abang'... adoiiii hahaha," tulis Syed Fahmey.

"Bukan setakat yang jual durian tu pengsan tuanku, dengan saya sekali pengsan jumpa tuanku depan mata," kata Syanim.

Gambar kenangan Rafi dan keluarga bersama Tunku Azizah.

Mohd Rafi ketika dihubungi mStar meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menanti kunjungan baginda berdua.

"Saya dapat tahu tentang tweet baginda daripada adik ipar saya. Terkejutlah juga sebab tak sangka baginda masih ingat saya.

"Tapi perasaan kali ini jadi lain. Teruja tapi pada masa sama rasa segan tu masih ada sebab teringat dulu saya pernah panggil 'kak'.

"Nervous pun ada sebab saya kena buatlah sedikit persiapan untuk menyambut kunjungan baginda berdua pada bulan depan. Kiranya itu kunjungan kali keempat Tunku Azizah dan pertama bagi Tuanku Sultan," katanya

Malah pemuda berusia 37 tahun itu turut terhibur dengan tweet Tunku Azizah dan repons orang ramai mengenai perkongsian tersebut.

"Saya harap saya tak pengsan dan demam terkejut lagi nanti. Tapi masa mula-mula dulu memang saya demam betul-betul.

Gerai durian Rafi masih enjadi pilihan Tunku Azizah sehingga hari ini.

"Yalah saya terkejut bila dapat tahu baginda sebenarnya isteri Sultan Pahang dan adik kepada Sultan Johor.

"Memang saya tak kenal baginda waktu tu sebab cara baginda bercakap dengan saya macam orang biasa. Itu yang saya terpanggil 'kak'," katanya.

Mengimbau insiden melucukan itu, Mohd Rafi yang berniaga raja buah itu lebih empat tahun lalu mengakui Tunku Azizah amat peramah, suka merendah diri dan dekat dengan rakyat.

Tapi perasaan kali ini jadi lain. Teruja tapi pada masa sama rasa segan tu masih ada sebab teringat dulu saya pernah panggil 'kak'.

MOHD RAFI YAKOB

PENIAGA DURIAN

"Mula-mula dia datang tu saya ingatkan bini Datuk atau Tan Sri sebab ada bodyguard tapi tak pakai uniform.

"Baginda juga siap sembang dengan saya tanpa rasa kekok. Dia tanya dah berniaga berapa lama dah, berniaga OK ke tak dan ambil durian dekat mana.

"Saya siap tanya ada sesiapa ke yang recommend baginda datang ke gerai saya? Baginda kata tak ada siapa-siapa, baginda datang sendiri. Alhamdulillah rezeki saya," katanya.

Antara reaksi netizen pada tweet Tunku Azizah.

Malah Mohd Rafi mendedahkan Tunku Aminah juga sering bertanya khabarnya selepas insiden itu.

"Masa Penang banjir dia ada mesej tanya saya ada dekat mana, sihat ke tak? Banjir kat Penang kena tak kena? 

"Saya pula yang rasa segan sebab taraf saya dan baginda lain tapi baginda tetap bertanya khabar," katanya.

Sementara itu, Mohd Rafi berkata Tunku Azizah amat menggemari durian jenis Duri Hitam.

"Setiap kali baginda datang dia akan order Duri Hitam. Rasa durian ni memang sedap. Lagipun durian ni ada dekat Penang saja (Balik Pulau).

"Harganya pun lagi mahal dari Musang King. Selalunya Duri Hitam dieksport ke Hong Kong dan China. Kalau sesiapa datang sini memang akan minta Duri Hitam," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain