Pelik, dia suka memanjat... Kelibat lembaga hitam atas pokok terbongkar - “Satu Malaysia kena tipu, Puteri Gunung Ledang konon...” - Viral | mStar

Pelik, dia suka memanjat... Kelibat lembaga hitam atas pokok terbongkar - “Satu Malaysia kena tipu, Puteri Gunung Ledang konon...”

Misteri lembaga hitam berdiri di puncak rimbunan pokok dirungkai menerusi beberapa video yang dimuatnaik di YouTube.

MISTERI rakaman video entiti menyerupai seorang wanita berambut panjang melakukan beberapa pergerakan berdiri di puncak rimbunan pokok akhirnya terjawab.

Lembaga hitam dalam video berdurasi 30 saat yang menggemparkan itu sebenarnya bukanlah makhluk halus seperti disangka netizen.

Sebaliknya entiti tersebut adalah seorang wanita di India yang didakwa kurang siuman.

ARTIKEL BERKAITAN: Makhluk ‘nyanyi’ atas pokok, ramai tanya “hantu ke manusia?” - Geram kena tindih, pemuda cucuh api terus senyap!

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri suara 'sini sini' tepi highway - "Naluri saya... 60 peratus dialah"

Malah video perlakuan pelik wanita itu sebenarnya pernah tular pada 2017.

Wanita dalam video yang tular itu didakwa kurang siuman.

Menurut terjemahan seorang individu pada video entiti itu yang dikongsi di YouTube, dia menafikan wanita tersebut adalah makhluk halus.

"Dia bukan hantu. Dia wanita kurang siuman yang gemar memanjat pokok, semua orang fikir dia hantu tetapi itu tidak benar," katanya.

Hahaha... satu Malaysia kena tipu. Puteri Gunung Ledang konon.

NETIZEN.

Terdahulu, video penampakan lembaga berdiri di puncak rimbunan pokok itu yang didakwa berlaku di Gunung Ledang tular di media sosial.

Ternyata rakaman itu mengerikan kerana turut kedengaran bunyi suara yang menakutkan.

Netizen digemparkan dengan kelibat lembaga hitam berdiri di puncak rimbunan pokok yang didakwa berlaku di Gunung Ledang, Johor.

Selepas misteri video itu terungkai, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana tertipu dengan perkongsian video yang didakwa tular di Twitter.

"Hahaha... satu Malaysia kena tipu. Puteri Gunung Ledang konon," kata seorang pengguna YouTube.

"Ramai kena kencing. Viral masa Deepavali kat Malaysia pula tu," kata netizen.

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser