suria

“Datang semput bila dia ingat hal tu” - Bekas cef tak boleh tidur fikirkan tragedi 4,000 pokok cili musnah

Ladang cili milik Azhar Nawi yang musnah ditenggelami banjir pada minggu lalu.

SIAPA tak sedih apabila tanaman cili yang baru pertama kali diusahakan musnah ditenggelami banjir.

Nasib malang yang menimpa bekas cef hotel, Azhar Nawi turut mendapat perhatian ramai setelah kisah itu dikongsi di Twitter anak saudaranya, Amylia Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cili pelangi nampak 'mengancam' tapi awas tahap kepedasannya!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kantoi tumbuk cili sambil nyanyi lagu jiwang ciptaan sendiri, malu bukan sebab suara, “Tak pakai baju, segan sikit”

"Assalamualaikum, pakcik saya perlukan pertolongan kilat. Ladag cili yang diusahakan di Kuang, Sungai Buloh, Selangor musnah akibat banjir.

“Ni percubaan pertama pakcik saya dan cili-cili pun belum masak. Beliau terpaksa jual murah. Jadi saya minta bantuan kalian," tulis wanita berusia 26 tahun itu.

Boleh nampak dia sedih. Datang semput dia bila ingat hal tu. Isteri dia juga ada cakap, dia tak boleh tidur malam, asyik fikir je.

AMYLIA ABDULLAH

[ Type in person identity ]

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Amy mengakui sedih mengenangkan nasib yang menimpa bapa saudaranya itu pada Rabu lalu.

"Dia baru sahaja tanam dalam sebulan dua. Semasa jumpa pakcik, dia beritahu ladang cilinya musnah kena banjir.

"Semua rosak, nak buat macam mana, terpaksa jual pada harga murah. Sebagai alternatif untuk bantu, saya post di Twitter.

Ladang cili ini terletak di Kuang, Sungai Buloh, Selangor.

"Kawan-kawan pakcik saya pun ada post di grup-grup Facebook. Syukurlah semua dah habis terjual pada Sabtu," ujarnya sewaktu dihubungi.

Tambah Amy, riak sedih terserlah di wajah bapa saudaranya itu apabila mengenangkan nasib yang menimpa.

Malah, dia dimaklumkan oleh ibu saudaranya bahawa lelaki berusia 57 tahun itu sukar tidur malam setelah kejadian itu.

Posting Amy di Twitter.

"Ada dalam 4,000 pokok cili. Modal sekitar RM40,000 untung balik dalam RM5,000 sahaja. Tak balik modal.

"Boleh nampak dia sedih. Datang semput dia bila ingat hal tu. Isteri dia juga ada cakap, dia tak boleh tidur malam, asyik fikir je," kata Amy lagi.

Dalam pada itu, posting Amy mengenai kisah bapa saudaranya menerima hampir 14,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ramai netizen turut menzahirkan rasa simpati atas nasib yang menimpa lelaki itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain