suria

Penangan cinta monyet, pelajar berkurung selepas awek lesap... ibu juga jadi penyelamat, “Saya terdiam, faham apa yang mama sampaikan”

Riston berkongsi posting kata-kata sokongan daripada ibunya.

'CINTA monyet' pada zaman persekolahan amat sinonim dengan pelajar-pelajar yang sedang meningkat dewasa.

Pengalaman pertama mengenal cinta bolehlah diibaratkan sebagai mimpi indah buat golongan muda, tetapi cinta monyet juga boleh membuatkan seseorang itu murung selepas hubungan berakhir.

Percintaan pertama pada usia 14 tahun memberi makna mendalam buat seorang remaja lelaki yang hanya mahu dikenali Riston selepas ditinggalkan teman wanitanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia dengan lelaki lain do..." - Pemuda 'frust' ditinggal awek, BFF bukan saja pujuk tapi menyakat sekali!

Mimpi indah Riston hanya bertahan dua bulan selepas teman wanitanya tidak mengendahkannya lagi.

"Saya pernah nampak dia di kawasan sekolah saya. Kami belajar di sekolah berbeza, namun secara rasminya saya berkenalan dengannya di laman Twitter.

Riston memuat naik paparan skrin perbualan WhatsApp dengan ibunya.

"Saya memang suka dengannya. Kami berkenalan dan tidak lama kemudian kami 'declare' sebagai pasangan kekasih.

"Pertama kali saya kenal erti cinta dan memang sangat 'happy'. Walaupun jarang berjumpa, saya rasakan dia dekat dengan saya," kongsinya kepada mStar.

Namun bagi Riston, dia 'mengharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari'.

"Baru-baru ini dia mendiamkan diri. Saya ada teks dia, namun tak dibalas walaupun ketika itu dia 'online'. Saya ada tanya juga kenapa dia berdiam diri, tak mahu cakap apa-apa.

"Tetapi langsung tak 'reply'. Saya memang kecewa sebab tak tahu hujung pangkal apa salah saya dia buat macam itu. Malah hari jadi saya pun dia pun tak tahu saja.

Memang rasa serik untuk bercinta lagi. Lepas ni hanya mahu fokus pelajaran sahaja. Mama banyak bagi 'support'.

RISTON

"Memang saya sedih. Apabila 'frust' saya lebih selepas berkurung dalam bilik sehingga suatu hari mama perasan dengan perubahan sikap saya yang lebih pendiam.

"Mama tanya kenapa dan saya ceritakan semuanya pada mama. Memang sebelum ini pun, saya ada beritahunya dah ada girlfriend.

"Apa-apa masalah saya memang selalu berkongsi dengan mama dan abang saya.

"Saya masih ingat lagi, selepas saya beritahu mama situasi itu, dia cakap 'jangan sedih kerana hanya yang betul-betul ikhlas berkawan tak akan tinggalkan kita'.

"Saya terdiam dan faham apa yang mama cuba sampaikan itu," jelas anak kedua daripada empat adik beradik ini.

Selepas berkongsi perasaan dengan ibunya, Riston mengakui jiwanya kini lebih tenang.

Warga Twitter memberi respons terhadap perkongsian Riston tentang pengalaman cinta monyetnya.

"Mungkin ada orang cakap dah besar pun masih 'bawah ketiak mak', tetapi saya tak kisah semua itu.

"Saya seorang yang rapat dengan keluarga. Apa sahaja yang saya buat mama akan tahu. Manakala abah saya pula seorang yang rileks. Cuma dia selalu pesan, 'kalau nak bercinta tu jaga kelakuan, adab dan jangan lebih-lebih'.

"Begitu juga dengan abang saya. Dialah penasihat saya dan masa bercinta baru-baru ini, abanglah yang jadi 'tukang' hantar dan ambil saya ketika dating," ujarnya yang tinggal di Kuala Lumpur.

Tambah Riston, pengalaman cinta pertama ini memang 'menyakitkan' jiwanya.

"Memang serik. Dalam tempoh terdekat ini saya tak nak bercinta lagi. Mahu fokus kepada pelajaran dulu. Lagipun umur saya masih muda.

"Jauh lagi perjalanan hidup saya dan semua ini akan dijadikan pengalaman," ujar anak kepada pensyarah di sebuah kolej di ibu kota ini.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
cinta monyet, kecewa, putus, sokongan

Artikel Lain