suria

Kata-kata ayah sewaktu anak belanja gaji pertama bikin mata masuk habuk, "Sebelum ni rasanya tak pernah banggakan keluarga"

Kata-kata ayahnya menyebabkan Aina hampir menitiskan air mata.

“HARI ini kita makan hasil titik peluh anak.”

Demikian kata seorang lelaki kepada isterinya sewaktu makanan dihidang di meja makan sebuah kedai di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

Ketika itu, anak kedua pasangan Abdul Aziz Adimin, 51, dan Asharbah Aminuddin, 49, membawa mereka sekeluarga untuk menikmati makan malam bagi meraikan gaji pertamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah selalu menangis di Jepun” - Diam-diam ‘anak bertuah’ ini rancang bukan satu, tapi dua kejutan di kampungnya

ARTIKEL BERKAITAN: “Selagi ayah ada, saya boleh jaga dia” - Bapa 'cool' menangis nikahkan anak, adik pengantin mula rasa tak nak kahwin

Bercerita kepada mStar, anak gadis berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Aina Alisha itu mengakui terharu tatkala mendengar kata-kata berkenaan meluncur keluar dari mulut ayahnya.

Saya ada lima beradik, masa zaman belajar dulu rasa nak catu je duit. Tapi mak ayah tetap hantar duit walaupun saya tak tahu macam mana keadaan di kampung.

AINA ALISHA

"Saya baru habis diploma, saya bekerja sebagai kerani sebuah kilang untuk bantu keluarga. Sebelum ni rasanya tak pernah banggakan keluarga, result exam pun biasa-biasa je, tak macam adik beradik yang lain.

"Sempena gaji pertama, saya bawa mereka keluar makan. Rasa nak menangis, masa makanan sampai ayah cakap “hari ni kita makan hasil titik peluh saya bekerja”.

"Saya terus pandang adik, saya cover tak nak nangis," ujar bekas penuntut jurusan perakaunan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak itu.

Pada malam berkenaan, dia yang mesra disapa Aina membawa keluarganya menikmati nasi lemak sotong dan hidangan yong tau fu.

Kata Aina, biarpun gajinya tidak seberapa, dia begitu bersyukur kerana boleh berkongsi rezeki dengan keluarganya.

Ibu dan ayah Aina.

Tambahnya lagi, dia juga berazam untuk membantu keluarganya termasuklah membawa mereka menjejakkan kaki ke Makkah, suatu hari nanti.

"Memang nak tolong mereka. Keluarga kami ni tak senang dan tak susah, biasa-biasa sahaja. Tapi bila saya fikirkan pengorbanan keluarga, saya rasa nak balas semula jasa.

"Saya ada lima beradik, masa zaman belajar dulu rasa nak catu je duit. Tapi mak ayah tetap hantar duit walaupun saya tak tahu macam mana keadaan di kampung," katanya lagi.

Kata Aina, bapanya merupakan seorang guru, manakala ibunya merupakan seorang suri rumah.

Posting Aina di Twitter.

Dalam pada itu, video perkongsian Aina yang memaparkan ahli keluarganya sedang menikmati makan malam hasil gaji pertamanya menerima hampir 300,000 tontonan di Twitter.

Selain dikongsi lebih 14,000 pelayar Twitter, ia turut dihujani dengan pelbagai komen positif netizen.

"Ya betul, every month bila I dapat gaji the first thing I do is, I akan belanja my family makan dulu and rezeki tu InsyaAllah akan rasa cukup," tulis @rabbyna.

"Saya pun sama, dapat je gaji pertama terus belanja family makan. Rasa bangga sebab dapat beri family apa yang kita dapat," tulis @dayahrani97 pula.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain