“Banyak lagi yang perlu YB uruskan...” - Pelajar tak sangka Syed Saddiq perasan luahan emosinya, pantas ‘buat kerja’ - Viral | mStar

“Banyak lagi yang perlu YB uruskan...” - Pelajar tak sangka Syed Saddiq perasan luahan emosinya, pantas ‘buat kerja’

Syed Saddiq telah mengarahkan semua menteri dan KSU kementerian untuk melaksanakan keputusan kabinet berkenaan bayaran elaun latihan praktikal.

BIARPUN bayaran elaun latihan industri tidak setinggi gaji seseorang pekerja, tetapi ia dianggap sesuatu yang bermakna buat pelatih.

Namun seperti sedia maklum, tidak semua syarikat akan membayar elaun untuk pelatih yang melakukan latihan praktikal di tempat mereka.

Bagi yang menjalani latihan praktikal di badan-badan kerajaan, mereka bertuah kerana kerajaan memperkenalkan semula syarat wajib pembayaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Buntu fikir hadiah pelajar praktikal, bos Cina beri telekung tanda perpisahan

ARTIKEL BERKAITAN: YPM Minta Universiti Di Korea Selatan Sediakan Latihan Industri

Tetapi ada juga kementerian dan agensi awam yang tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan.

Bagi pelajar sebuah institusi awam yang mahu dikenali sebagai Balqis, penyelarasan bayaran elaun itu adalah berita yang menggembirakan buat semua bakal pelatih.

Jelasnya, sejak awal lagi dia sudah dimaklumkan bahawa tidak ada pembayaran elaun di tempat dia menjalani latihan praktikal.

Status Balqis mendapat perhatian Syed Saddiq.

“Bulan depan saya akan menjalani latihan pratikal di sebuah badan kerajaan. Sejujurnya dari awal lagi sudah tahu memang tidak ada elaun.

“Saya pesan pada diri sendiri tidak perlu tanya mengenai elaun jika sudah tahu jawapannya kerana sebagai pelajar kami memang terdesak untuk mencari tempat latihan pratikal,” ujarnya kepada mStar.

Jelas gadis yang berusia 21 tahun yang menuntut dalam jurusan Diploma Penulisan Skrip ini, dia juga sedar terpaksa bersaing dengan pelajar peringkat ijazah.

“Kami merupakan ‘batch’ pertama di fakulti ini yang menjalani latihan pratikal di tahun akhir berbanding sebelum ini pada semester kelima sebelum tamat belajar.

“Saya dan kawan-kawan memang reda jika inilah bayaran dan pengorbanan yang kami perlu beri untuk tamatkan pengajian dalam tempoh sebenar.

Kami berdiam diri kerana seperti 'hopeless', sehinggalah  Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi respons berhubung perkara itu.

BALQIS

Pelajar IPTA

“Apa yang saya lakukan, sebelum memulakan ‘intern’, saya bekerja sementara ketika cuti semester bagi menampung perbelanjaan semasa latihan praktikal.

“Jadi janganlah anggap kami tidak berusaha sehabis baik. Sejujurnya kami selalu merasakan tidak adil jika pelajar praktikal tidak dibayar.

“Kami berdiam diri kerana seperti 'hopeless', sehinggalah  Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi respons berhubung perkara itu,” kata anak kedua daripada enam beradik itu.

Balqis berkata, pelatih institusi pengajian tinggi awam tidak berniat untuk memberontak, sebaliknya mempertahankan hak.

Sebahagian daripada pandangan dan komen netizen berkaitan elaun kepada pelatih.

Sebelum ini Balqis pernah meluahkan rasa kecewanya setelah mendapat tahu dia tidak akan mendapat elaun di tempat latihan pratikalnya bulan depan.

“Im quite sad . We’re quite sad and we'll end up being a sad internship,” tulis Balqis selepas menerima maklum balas mengenai tiada bayaran elaun.

Apa yang menggembirakan Balqis, perkongsiannya itu mendapat perhatian Syed Saddiq yang membuat ulang kicau dengan soalan “Jabatan mana?. Saya akan hubungi”.

“Perasaan saya terharu bila YB perasan luahan hati saya. Sejujurnya saya tak jangka apa-apa kerana banyak lagi yang perlu YB uruskan jadi saya tak berharap beliau perasan tweet saya secepat itu.

“Itu pun kawan yang beritahu. Kami semua okay sahaja dan baik baik.

“Walaupun ada yang salah anggap tapi tak apalah. Mungkin salah saya dalam ‘choice of words’ yang saya gunakan,” jelas Balqis yang bakal menerima bayaran elaun bagi latihan pratikalnya nanti.

elaun , praktikal , Syed Saddiq

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut