suria

“Ada neraka khas untuk orang macam tu” - Video gelandangan tak bersalah disimbah air undang kemarahan ramai

Paparan skrin rakaman tular berkenaan yang dimuat naik menerusi laman Twitter.

KENAPA kejam sangat? Begitulah persoalan yang disuarakan warga Twitter berhubung penularan video seorang lelaki dipercayai gelandangan atau mungkin juga kurang siuman yang disimbah air.

Menerusi rakaman berdurasi 14 saat itu, lelaki berkenaan sedang tidur di kaki lima sebuah bangunan sebelum dia disimbah dengan air dari atas.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak senang beramal, orang susah ‘mewah’ tidur dengan lambakan makanan! NGO dibidas ‘niat baik tak kena tempat’

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Lelaki bakar dua gelandangan sedang tidur bawah jambatan diburu polis

Visual itu sehingga kini menerima lebih 200,000 tontonan dan turut dikongsi lebih 15,500 pelayar Twitter.

Weh dah kenapa?!!! Orang tu baring je. Tak suka, boleh suruh dia pergi dengan cara baik kan. Ya Allah geramnya.

NETIZEN

Menurut individu yang memuat naik video berkenaan, dia tidak pasti lokasi dan masa sebenar kejadian memandangkan rakaman itu diperoleh menerusi satu kumpulan WhatsApp.

"Orang tu tak kacau sesapa pun tapi kenapa kejam sangat sampai buat macam tu dekat dia?

"Kita tak tau apa yang dia lalui sampai dia jadi macam tu and I bet dia pun tak minta hidup macam tu," tulis individu yang memuat naik video tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen turut menyuarakan rasa marah mereka atas kejadian yang menimpa lelaki berkenaan.

Malah, ramai yang mendoakan agar pelaku dalam video itu menerima pembalasan setimpal kelak.

"Weh dah kenapa?!!! Orang tu baring je. Tak suka, boleh suruh dia pergi dengan cara baik kan. Ya Allah geramnya," tulis @najwafdzl.

"Orang yang menganiaya homeless ni mesti tak pernah join charity bagi diorang makan. Join lah charity, dengar apa masalah dan sebab apa diorang jadi gelandangan takda rumah. Dah join mesti akan ada rasa keinsafan dan rasa sayang lebih pada mereka yang kurang bernasib baik ni. Berbuat baiklah," tulis @_farratafiera.

"Semoga yang buat tu dapat hidayah atau balasan yang buat dia ingat balik dosa yang dia pernah buat orang macam tu. Zalim gila serious. Memang kurang ajar. Jangan cakap terjatuh eh.  This time takde masa nak sangka baik," tulis seorang lagi netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain