Sabar jelah! Nenek 'sembur' anak letak cucu atas rumput, tambah kecoh bergambar tepi 'anjing' “Mak kurang yakin dengan saya” - Viral | mStar

Sabar jelah! Nenek 'sembur' anak letak cucu atas rumput, tambah kecoh bergambar tepi 'anjing' “Mak kurang yakin dengan saya”

Foto bayi ini yang diletakkan di atas sekeping karpet 3D bercorak rumput ternyata mencetuskan kekeliruan ramai.

MEMILIKI sifat lebih nakal berbanding adik beradik yang lain sewaktu kecil menyebabkan wanita ini 'kurang dipercayai' oleh ibunya sendiri.

Malah, baru-baru ini turut berlaku satu kejadian salah faham melibatkan dua beranak itu sehingga kisah tersebut tular di laman Twitter.

Menurut Nadzatul Nissa Md Hanif, 25, kekeliruan melibatkan ibunya, Damailiah Mohd Isa, 59, berpunca daripada foto bayinya yang diletakkan atas hamparan karpet tiga dimensi (3D) bercorak rumput.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ni semua salah ayah!” Abang dedah kisah sebenar adik kuat drama menangis di pagi raya dilabel ‘Anakku Sazali’

ARTIKEL BERKAITAN: Alahai anak! Berani kuali mak dibuat ‘stadium’ beyblade, “bayangkan waktu bulan puasa”

"Masa tu kat rumah mak mertua di Kepala Batas, Pulau Pinang. Saya ambil gambar anak atas karpet 3D tu.

Paparan skrin perbualan WhatsApp Naili dan ibunya yang tular.

"Niat saya nak tunjuk kucing dengan anak saya tu. Mak saya terkejut, dia fikir saya betul-betul letak anak merata kat atas rumput.

"Antara adik beradik, saya ni 'buas' sikit. Kadang-kadang tak dengar cakap mak, sebab tu dia kurang yakin dengan saya," ujarnya berseloroh sewaktu dihubungi mStar.

Bila post di Twitter, ramai pula yang salah sangka sebab mereka fikir ada anjing sebelah anak saya, padahal tu kucing keluarga mertua saya.

NADZATUL NISSA MD HANIF

Mesra disapa Nissa, dia tidak menyangka perkongsian paparan skrin perbualan WhatsApp dengan ibunya itu akan menjadi tular.

Malah, posting itu bertambah 'meriah' apabila beberapa kekeliruan lain turut dipersoalkan netizen menerusi laman Twitter.

"Mak saya keliru karpet 3D yang dia fikir sebagai rumput sebenar.

"Bila post di Twitter, ramai pula yang salah sangka sebab mereka fikir ada anjing sebelah anak saya, padahal tu kucing keluarga mertua saya.

Nisha mendukung anaknya, Naili sambil diapit adik dan ibunya.

"Ada juga yang fikir tu posting pasal buang bayi. Bila dibaca, baru tahu hal sebenar," katanya lagi.

Dalam pada itu, foto berkenaan yang memaparkan anak sulungnya yang dilahirkan pada 28 Mac lalu, Dzakirah Naili Muhamad Dzulfadhli Farhan sehingga kini menerima lebih 13,300 ulang kicau (Retweet).

Ramai netizen turut meninggalkan komen mereka di posting berkenaan.

"Samalah macam mak saya. Kalau saya bawak anak keluar jalan, dia asyiklah mintak gambar anak, video call lah. Dia kata takut saya lupa bawa anak lepas tu tinggal anak kat mana-mana," tulis @cuwaya_.

"Apasal aku pikir tu memang rumput and sebelah tu anjing," tulis seorang lagi netizen.

Nadzatul Nissa , Dzakirah Naili , karpet 3D

Artikel Lain