Aliff Syukri berang terpalit kontroversi kantoi curang, ajar netizen “Ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri” - Viral | mStar

Aliff Syukri berang terpalit kontroversi kantoi curang, ajar netizen “Ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri”

Aliff Syukri dengan riak wajah yang berang membuat video dengan memaparkan potret Aliff Aziz.

GARA-gara kontroversi panas yang melanda penyanyi Aliff Aziz, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman turut terkena tempiasnya.

Menerusi satu video, Aliff Syukri dengan riak wajah yang berang memegang sekeping kertas bersaiz lebih besar daripada mukanya yang memaparkan potret wajah Aliff Aziz.

“Ini Aliff Aziz... ini Aliff Syukri... ini Aliff Aziz... ini Aliff Syukri. Korang tahu tak membezakan antara Aliff Aziz dengan Aliff Syukri?

“Sekarang saya ajar anda dan ikut apa saya cakap,” kata usahawan itu berulang kali pada pagi Rabu, sambil menunjukkan dirinya dan potret Aliff Aziz secara bergilir sambil menyebut nama kedua-duanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kali kantoi curang antara 7 kontroversi Aliff Aziz sejak bergelar artis!

ARTIKEL BERKAITAN: Foto mirip Aliff Aziz tersebar lagi, tak pakai baju dengan minah Tiktok

ARTIKEL BERKAITAN: Bella nekad teruskan kehidupan tanpa Aliff, katanya "mental dan fizikal saya terganggu"


Aliff Syukri memegang potret wajah yang bersaiz lebih besar daripada mukanya memaparkan wajah Aliff Aziz.

Aliff Syukri membuat video berkenaan susulan ramai yang keliru sehingga mengaitkan beliau dengan kontroversi yang menimpa Aliff Aziz.

Disebabkan kekeliruan itu, netizen melemparkan kata-kata cacian terhadap setiap posting beliau di laman sosial.

“Cuba tengok gambar betul-betul kan berbeza hidung, gigi, mata semua. Saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian natizen pada setiap posting saya,” ujarnya dengan nada kesal.

Beliau bagaimanapun mendoakan kebahagian rumah tangga Aliff Aziz meskipun suami kepada penyanyi Bella Astillah dihimpit kontroversi. 

“Saya doakan Aliff yang ini semoga berbahagia ke jannah. Jangan kecam orang, jangan kutuk orang. 

“Kalau kena batang hidung sendiri, baru anda tahu. Doakan yang baik-baik saja,” ujar Aliff Syukri.

Foto seorang lelaki (gambar kiri) didakwa suami Bella bersama seorang wanita berpakaian seksi tular di media sosial.

Video yang dimuat naik Aliff Syukri mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk yang menyifatkan ia lucu.

"Datuk... datuk... lawak tau tak. Adoi, tergelak aku," komen seorang netizen.

"Kerana seorang Aliff habis satu malaysia punya Aliff kene tempias. Bagus video macam ni siap cetak gambar beza kedua-duanya," ujar seorang lagi netizen.

Nama Aliff Aziz tidak pernah sunyi dengan kontroversi dan terbaharu penyanyi lagu Sayang Sayang itu didakwa curang buat kali ketiga apabila tular foto miripnya yang tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tersebar di laman sosial.

Selain Aliff Syukri yang turut menerima kesan daripada kontroversi itu, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar juga mengalami nasib yang sama apabila menerima kritikan dan kecaman netizen di laman sosial.

Artikel Lain