suria

Takut nak exam, stres tak dapat tonton Avengers... geng UM buat parodi berangan jadi hero!

Salah satu shot paparan skrin dalam video parodi kumpulan pelajar tahun akhir Pasum.

SELURUH dunia seperti ‘diserang’ adiwira 'Avengers: Endgame', filem terbaharu Marvel yang kini hangat diperkatakan peminatnya tanpa mengira usia.

Nyata sekali gabungan pelbagai watak 'hero' itu sememangnya dinanti-nantikan.

Malah setiap orang ingin menjadi yang pertama melalui pengalaman menonton filem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah 'Tawar Job' Gara-Gara Parodi Kelakar Avengers Pelajar Kolej Mara

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah Avengers muncul buat kejutan depan pelajar Malaysia

Dalam ‘kemeriahan’ berkongsi watak kegemaran masing-masing, sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) terpaksa menepis ‘keghairahan’ untuk menonton filem itu lebih awal memandangkan mereka perlu mengharungi peperiksaan akhir terlebih dahulu.

Apabila berada dalam keadaan stres menelaah buku, maka tercetuslah idea di kepala penuntut-penuntut tahun akhir Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (Pasum) itu yang dibuat demi filem kegemaran mereka.

Danial (berdiri dua dari kiri) bersama 'geng Avengers' Pasum.

Menurut Danial Ibrahim, 19, salah seorang daripada sembilan penuntut yang menghasilkan video pendek parodi filem pecah panggung itu idea timbul ketika masing-masing ‘takut’ dan teruja untuk menduduki peperiksaan akhir.

“Dalam sibuk mengulang kaji, fikiran masing-masing teringatkan filem itu. Jadi salah seorang kawan saya beri idea nak buat video parodi filem itu, tentunya dia yang kreatif jadi pengarah.

“Kami berkumpul dan masing-masing bagi kerjasama ‘curi masa’ sikit menjayakan video dua minit ini,” kongsinya kepada mStar.

Menurut Danial, tarikh tayangan filem itu bermula 24 April, sama hari dengan kertas peperiksaan akhir mereka.

Struggle nak tengok filem, dalam masa sama gigih nak habiskan study. Jadi kami rakam beberapa shot dan malam sebelum tayangan, kami memuat naik video itu di laman sosial.

Paparan skrin sebahagian daripada komen-komen netizen mengenai video parodi pelajar Pasum.

“Memang tak sangka ramai yang menonton dan beri pelbagai komen.

“Keesokannya (Khamis) sebaik sahaja habis kertas akhir, kami semua serbu panggung wayang dengan penuh lega.

“Lega peperiksaan dah habis dan kedua sempat juga tengok filem tersebut,” jelas anak kelahiran Negeri Sembilan ini.

Rakaman video itu mendapat lebih 60,000 view serta 4,800 ulang kicau (Retweet).

Rata-rata netizen teruja dengan sentuhan video pendek itu dan turut memberi penilaian markah 10/10 untuk usaha mereka.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Avengers, Endgame, parodi, Pasum

Artikel Lain