suria

Terdesak siapkan projek akhir, penuntut UiTM cari 'mesin hidup mati' di Twitter demi segulung ijazah

Nazrul sedang memproses pemampatan komposit untuk sample projek akhirnya.

"HENDAK seribu daya, tak nak seribu dalih".

Demi segulung ijazah, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Muhammad Nazrul Azam Azhar terpaksa mengambil langkah terakhir untuk mencari sebuah mesih FTIR (fourier transformation infraRed) bagi menyiapkan projek akhirnya.

Menurut Nazrul, dia mengambil jalan untuk mencari mesin tersebut di laman Twitter memandangkan masa yang semakin suntuk.

Pelajar tahun akhir peringkat sarjana muda jurusan Kejuruteraan Mekanikal itu memerlukan FTIR bagi mengkaji spesimen komposit projek akhir individunya.

"Mesin ini sangat berbeza dengan yang ada di fakulti kerana ia sesuai dan solid bersaiz 50 sen dan mata laser yang digunakan ialah quartz, bukannya diamond.

"Jadi saya cuba berkongsi di laman Twitter dan semua netizen sangat membantu dalam memberi maklumat berkaitannya," ujarnya anak kelahiran Melaka itu kepada mStar.

Twit yang dimuatnaik Nazrul Isnin lalu.

Jelas pemuda berusia 24 tahun itu, banyak cadangan dan pandangan yang dia terima, namun belum ada yang sesuai seperti diinginkan.

"Setakat ini masih dalam pencarian melalui cadangan mereka tetapi belum sempat menghubungi pihak kampus memandangkan minggu ini jadual pengajian terlalu padat.

"Saya yakin dalam banyak-banyak pandangan itu, akan ada juga yang bersesuaian dengan projek saya ini," katanya yang mengakui projek akhir itu penting untuk memastikan dapat menamatkan pengajian mengikut jadual.

Malahan, kata Nazrul, demi segulung ijazah dia akan cuba berusaha untuk mendapatkan mesin FTIR ini.

"Mesin ini memang antara hidup dan mati untuk grad  sebab keputusan berdasarkan jawapan yang mesin itu hasilkan.

Maklum balas yang diterima Nazrul selepas meminta tolong mencari mesin FTIR.

"Saya buntu tak tahu nak tanya siapa. Memang boleh check di laman kampus lain tapi melalui Twitter lebih senang dan cepat," ujar anak sulung daripada lapan beradik ini.

Sejak memuat naik mesin yang dicari di Twitter, Nazrul telah menerima 6,000 ulang kicau (Retweet).

Ramai yang memberi cadangan untuk dapatkan infomasi di universiti lain seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan sebagainya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain