“Mereka tak tahu malu…” - Lelaki ‘jambu’ terkejut dapat banyak mesej lucah, menyesal bergurau di media sosial - Viral | mStar

“Mereka tak tahu malu…” - Lelaki ‘jambu’ terkejut dapat banyak mesej lucah, menyesal bergurau di media sosial

NIAT seorang lelaki untuk bergurau di laman sosial akhirnya bertukar mimpi ngeri apabila dia dihujani pelbagai mesej lucah.

Mangsa, Muhd Faizul Suerman memberitahu dia menerima pelbagai komen termasuk gambar lucah sebaik status yang dimuat naik olehnya tular di laman Twitter.

"Sekarang kan tengah 'hype' mengenai karakter boyfriend online Andi Bernadee dan dia memanggil seseorang dengan nama baby.

"Jadi saya pun cuba memuat naik sekeping gambar saya dengan kapsyen 'i boleh jadi online boyfriend you'. Mereka yang dah lama follow saya tahu ia dibuat sekadar untuk suka-suka dan saya hanya bergurau.

"Tak sangka ada yang menganggap serius sehingga ia tular dan ramai yang DM (direct message) menghantar mesej dan gambar lucah," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Video 'baby' yang sering dimuatnaik penyanyi, Andi Bernadee dengan tanda pagar online boyfriend

Faizul memuat naik bebenang dengan kapsyen 'Sunyi ke? I boleh jadi online boyfriend you' menjadi tular sehingga ia menerima lebih 4,000 tanda suka (like) di laman Twitter.

Lelaki berusia 20 tahun ini memberitahu dia tidak menyangka begitu ramai yang memerlukan perkhidmatan teman lelaki alam maya masa kini.

Gambar berserta kapsyen yang dimuatnaik Muhd Faizul  di laman Twitter menerima pelbagai reaksi netizen

"Terlalu ramai yang DM minta saya jadi online boyfriend mereka. Tak sangka ramai wanita malah lelaki gersang yang mahukan perkhidmatan seperti itu. Ia memang tak masuk akal.

"Mereka tak tahu malu sehingga ada yang tergamak menghantar gambar bogel kepada saya, tidak kurang juga ada yang sanggup membayar semata-mata untuk jadi boyfriend upahan.

"Yang pasti insiden ini buat saya trauma dan saya menyesal melakukannya," ujarnya.

komen lucah , Twitter

Artikel Lain