suria

“Minta maaf, kami guna kamera…” team Syed Saddiq jawab kekecohan gambar ‘model isi minyak’

KECOH apabila muncul foto yang menunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ‘bergaya’ sambil mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

Foto yang tular pada Isnin itu mengundang kritikan berikutan perbuatan menggunakan telefon bimbit di stesen minyak adalah berbahaya dan dilarang sama sekali.

Malah, laman Twitter rasmi Petronas @Petronasbrands pada hari yang sama turut berkongsi gambar berkenaan dan memberi peringatan bahawa keselamatan perlu diutamakan supaya tidak menggunakan telefon berdekatan dengan pam minyak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Meletup nanti!” - Rakam foto isi minyak kereta, Petronas minta ‘team’ Syed Saddiq utamakan keselamatan

Bagaimanapun, pengendali akaun Twitter pasukan komunikasi @teamsaddiq yang memuat naik gambar berkenaan di laman sosial tampil memberi respons, susulan kekecohan yang berlaku.


Paparan skrin Twitter @teamsaddiq

“Minta maaf admin (pentadbir akaun Twitter @Petronasbrands), kita orang ambil gambar guna camera hihi,” katanya bagi menafikan foto Syed Saddiq sedang mengisi minyak itu menggunakan telefon bimbit, seperti yang didakwa.

Akaun Twitter @Petronasbrands segera menjawab bahawa gambar yang dimuat naik pasukan komunikasi Syed Saddiq tidak dapat menentukan ia menggunakan kamera atau telefon bimbit.

“Admin tak nampak dari gambar. Hanya peringatan supaya kita peka dan tidak leka,” katanya bagi memberi penjelasan.

Posting @petronas memberi respons kepada penjelasan @teamsaddiq.

Ia menambah, keselamatan merupakan keutamaan mereka untuk kesejahteraan semua, maka peringatan perlu diberikan demi keselamatan.

“Jika benar gambar diambil dari jarak yang selamat atau diambil oleh peralatan yang tidak mencetuskan kebakaran, tetapi kita masih perlu berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq yang juga ahli Parlimen Muar turut mengulang kicau kenyataan pasukan komunikasinya mengenai gambar tersebut menggunakan kamera.

Komen Syed Saddiq di akaun Twitternya.

“Nice try guys,” kata Syed Saddiq yang merujuk gambar ketika Ketua Pemuda Pakatan Harapan itu dalam perjalanan ke Cameron Highlands pada Isnin.

Beliau memandu sendiri bagi membantu kempen Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

“Dalam perjalanan ke Cameron (Highlands) sebagai Ketua Pemuda Harapan, bukan sebagai menteri. Ayuh!” tulis Syed Saddiq di Insta Story di akaun Instagram miliknya sambil memuat naik gambar beliau sedang memandu kereta berjenama Honda.

Posting Syed Saddiq di akaun Instagramnya yang memandu sendiri ke Cameron Highlands.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain