suria

MAHB ambil serius kes di KLIA2, pasang perangkap tikus

MAHB memandang serius aduan terdapat tikus berkeliaran di ruang menunggu KLIA2.

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengambil serius terhadap aduan kebersihan yang dilaporkan berlaku di KLIA2 selepas rakaman seekor tikus berkeliaran di sebuah ruang rehat di lapangan terbang tersebut tular.

Pihak MAHB dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini berkata, mana-mana kejadian yang tidak diingini amatlah dikesali dan pihaknya akan mengambil tindakan segera sebaik menerima maklum balas daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, Malaysia Airports menjalankan aktiviti pengawalan serangga secara berkala termasuk kaedah pengasapan yang dilakukan dua minggu sekali di seluruh bangunan terminal bagi membasmi serangga dan haiwan perosak seperti lipas, lalat dan tikus. 

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ulat sampah, video tikus berkeliaran didakwa berlaku di KLIA2 pula tular

Aktiviti pembasmian tersebut dilakukan di bawah seliaan Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ingin ditegaskan bahawa pihak kami mengambil serius aduan ini dan sebaik sahaja dimaklumkan.

“Langkah pembasmian tambahan telah diambil dengan meletakkan sejumlah perangkap tikus di kawasan yang terbabit serta dengan menjalankan pemeriksaan tambahan untuk menutup mana-mana laluan yang mungkin bagi haiwan perosak memasuki bangunan terminal,” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, pihak MAHB turut mengalu-alukan cadangan yang membina daripada semua pihak bagi tujuan penambahbaikan berterusan dapat dijalankan di semua lapangan terbang yang diuruskan oleh syarikat terbabitSebarang aduan atau cadangan boleh disalurkan melalui emel di [email protected]

Kami amat menghargai maklum balas anda dalam memastikan penambahbaikan berterusan dijalankan di semua lapangan terbang kami.

mStar Online pada Ahad melaporkan, sebuah video seekor tikus menguis lantai permaidani sebuah ruang rehat di KLIA2 tular di aplikasi WhatsApp dan Twitter.

Video berdurasi satu minit 13 saat itu menyatakan kejadian tersebut didakwa dirakam di ruang 'KLIA2 spots/movie lounge' berserta tarikh 28 Disember 2018.

Ia dipercayai merujuk kepada tarikh video tersebut dirakamkan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
MAHB, KLIA2

Artikel Lain