suria

Bung Moktar meninggal dunia

Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi Jumaat.

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi Jumaat, di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Berita berkenaan disahkan anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar, menerusi laman Facebook sebentar tadi.

"Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2025, pukul 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).

"Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah," menurutnya.

Terdahulu Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

Allahyarham juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) bagi kawasan Lamag sejak September 2020 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri I serta Menteri Kerja Raya Sabah dari September 2020 hingga Januari 2023.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang berlangsung 29 November lalu dengan majoriti 153 undi dalam persaingan enam penjuru.

Artikel Lain